in

Norjuma Habib Diisytihar Muflis, Gagal Bayar Tuntutan RM260,400

Norjuma Muflis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pengacara TV3 dan juga pengasas tudung jenama Aidijuma, Norjuma Habib Mohamed diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada hari ini selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Untuk pengetahuan, sejak tahun 2019 dan 2020 pihak Fame Up Entertainment telah memfailkan dua saman fitnah terhadapnya kerana penyebaran fitnah yang dibuat sekitar tahun 2019 hingga 2020.


Menurut penolong pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Screenshot 2023 03 21 122528

Difahamkan Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini.

“Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.

Pada Oktober tahun lepas, Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma yang memohon supaya usahawan itu membayar RM260,400 selepas diperintah berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Muhammad Hassanuddin berkata, prosiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan diteruskan.

Baca: Bekas Pengacara Norjuma Habib ‘Hilang’ Lepas Mahkamah Keluar Waran Tangkap

Collage 72 11

Sumber: Sinarplus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.