in

Nombor Telefon Disebarkan Untuk Tujuan Lain, Peniaga Ini Terima Banyak Mesej ‘Mesra’

Lady

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika ditanya kepada peniaga-peniaga online di luar sana, apa yang paling memuaskan hati mereka sudah pasti lah apabila barang selamat sampai dan customer puas hati dengan barang serta servis mereka.


Tetapi apa yang berlaku pada Izhas Shalin ini boleh dikatakan nightmare buatnya. Sungguh tidak beliau sangkakan wujud hamba Allah sebegini. Nak tahu kenapa? Ikuti kisah beliau ini:

“Tolong berhati-hati dengan orang macam ni”

J

Difahamkan customer tersebut mula menghantar mesej kepada Izhas untuk bertanya tentang Manjakani yang dijual secara online. Untuk memudahkan perbualan, customer tersebut minta nombor telefon Izhas dan tanpa ragu-ragu serta menganggap ianya perkara biasa Izhas terus beri nombor telefon kepadanya.

J2

Namun keesokan harinya, secara tiba-tiba Izhas menerima banyak mesej dan panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Apa yang peliknya, mesej yang diterima adalah dari kaum Adam yang ingin berkenalan dengannya.

J4-2

 

Tertanya-tanya dengan apa sebenarnya yang berlaku, namun Izhas kemudian mendapat tahu bahawa nombor dan gambarnya telah disebarkan oleh pelanggan itu sesuka hati di Facebook group yang diberi nama ‘Kelab Janda Terlajak Hot’

J1

Shocked

Alangkah terkejutnya beliau dengan apa yang dilihat, lebih-lebih lagi beliau sebenarnya belum pernah pun berumah tangga sebelum ini. Izhas kemudian buka profil Facebook customer tersebut dan terkejut dengan status-status yang di update wanita itu

*Okay ni 18SX okay gais*

J5

Beliau dengan serta merta terus hubungi semula wanita itu di aplikasi Messenger (sebab takde nombor telefon wanita tu) dan menggertak wanita itu untuk padam post beliau di group tersebut atau laporan polis akan dibuat.

Eh, bukannnya takut dengan gertakan Izhas, beliau malah lebih berani mengajak Izhas untuk membuat perkara terkutuk bersamanya dan suami. Percaya atau tidak, wanita itu sebenarnya sudah bersuami tetapi berani berkata sebegini (WHAT?!)

J3

*Okay gais, ni 18SX betul ni*

Tv Celebrities Freaked Out Shocked Face

Bahayanya orang-orang macam ni. Sesuka hati sebarkan gambar dan nombor telefon orang lain di media sosial. Kalau dah kes macam ni elok lah pergi buat laporan polis kan?

Admin ingin kongsikan beberapa langkah untuk elakkan perkara sebegini berlaku:

1. Pastikan profil Facebook anda private

2. Jangan sesuka hati approve friend request daripada orang-orang yang tidak dikenali

3. Biarlah hanya kenalan anda sahaja ada dalam senarai kawan Facebook anda

4. Jika anda berniaga secara atas talian, lebih baik untuk anda tidak promote barang yang dijual menggunakan Facebook peribadi anda (Well, orang Malaysia ni ramai yang suka stalk)

5. Create satu akaun Facebook baru (Facebook page) khas untuk perniagaan anda sahaja

6. Beli satu simkad yang lain juga khas untuk customer hubungi anda. Jadi takde lah mesej customer bercampur aduk dengan mesej kawan atau keluarga di nombor peribadi anda

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.