Sebuah kajian yang dijalankan oleh Jobstreet dan Jobsdb mendapati kebanyakan rakyat Malaysia tidak gembira dengan pekerjaan masing-masing.
Antara faktor yang menyumbang kepada ketidakpuasan hati pekerja terhadap kerjaya masing-masing termasuklah gaji yang kecil, tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya dan kurangnya peluang untuk naik pangkat di tempat kerja masing-masing.
Disebabkan faktor-faktor tersebut, Malaysia disenarai di tempat ke-2 sebagai negara yang mempunyai pekerja paling tidak berpuas hati dengan kerjaya masing-masing di rantau Asia, lapor SME Asia.
Singapura berada di tempat pertama dengan 19 peratus, diikuti Malaysia di tempat kedua (12 peratus) dan Filipina (11 peratus) di tempat ketiga.
Artikel berkaitan: Wartawan Tak Sengaja Mengeluh Pasal Kerja Secara Live, Ingatkan Audio Dah Tutup
Artikel berkaitan: “Jangan tanya soalan b*doh tuan” – Calon Minta Kerja Maki Majikan Bila Ditanya Soalan
Negara jiran yang lain seperti Hong Kong berada di tempat ke-5 (9 peratus) diikuti Indonesia dengan 4 peratus.
Kajian tersebut turut mendedahkan, lebih sukar untuk mencari kerja yang sesuai berbanding mencari jodoh.
Malah, sebanyak 57 peratus pencari kerja berpendapat kerja yang ada pada zaman sekarang tidak menepati skil yang dimiliki dan tidak selaras dengan kelayakan yang ada.
Bagaimanapun, laporan sama mendedahkan syarikat di Asia Tenggara dikatakan sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan kegembiraan pekerja terus terjaga.
Menurutnya, syarikat-syarikat ini juga sedang giat mencari jalan untuk menambah maanfaat yang bakal membawa keseimbangan hidup-kerja kepada semua.
Korang bahagia tak kat tempat kerja?