in

“Noki yang tersakiti” – Duduk Belakang Aina Abdul, Noki ‘Struggle’ Elak Muka Dilibas Dress Awan

Ft Noki Struggle Dengan Dress Awan Aina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehangatan AJL dilihat masih lagi menjadi buah mulut orang ramai, banyak keratan klip persembahan daripada peserta-peserta masih ‘berlegar’ di ‘FYP’ TikTok dan timeline Twitter.

Bahkan, ada juga rakaman reaksi-reaksi peserta semasa duduk di kerusi penonton, antaranya reaksi Aliff Satar yang terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan paling menjadi tumpuan adalah reaksi Noki K-Clique ketika duduk dibelakang Aina Abdul.


 

Noki yang tersakiti

Seperti yang kita sedia maklum, Aina Abdul menggayakan dress awan yang mempunyai maksud tersirat, gaun besar itu dilihat seperti mengambil banyak ruang ketika dia duduk di hadapan pentas.

Dalam klip yang kini sedang tular, dilihat Noki yang duduk di belakang Aina sering dilibas dengan pakaian penyanyi itu, malah MK dan Sona One juga dilihat turut terkena dengan libasan tersebut.

Dilihat, Sona One dan MK tergelak sakan melihat Noki yang sedaya upaya untuk mengelak daripada terkena pakaian Aina.

Video tular yang telah meraih lebih daripada 2,300 jumlah retweets dalam masa 16 jam itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur melihat gelagat Noki dan ada juga kurang gemar kerana ianya telah mengganggu orang lain.

 

Kesian boyfriend I – Netizen

Screenshot 2023 02 14 124018 Screenshot 2023 02 14 124037 Screenshot 2023 02 14 124056 Screenshot 2023 02 14 124130

Bagaimanapun, melihat di IG Story Noki, dia ada repost rakaman daripada penonton pada malam tersebut dan dilihat Noki masih selesa duduk di tempatnya.

Screenshot 2023 02 14 124713

Mungkin ada cara Aina kendalikan pakaiannya itu dan masa rakaman telah berlaku sedikit masalah kecil pada dress Aina itu.

Baca : “Bakat tak laku, nyanyi dekat kafe” – Ini 4 Cabaran Aina Abdul Sebelum Merangkul Kejuaraan AJL37

Ft Aina Abdul Cabaran Sebelum Juara Ajl 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.