in

“No More Duit Kopi!”

No More Bao Ing Drivers License Culture After This New Transport Minister Says World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengaku atau tak, memang ramai antara kita sebenarnya yang terlibat dalam gejala ‘duit kopi’ ni. Asal kalau nak lepas daripada kena saman je, bagi duit kopi. Nak pass lesen memandu pun kena bagi duit kopi. Haih! Sebab tulah banyak pemandu sekarang bawak kereta macam takde otak!


Hapus amalan duit kopi

Namun disebabkan kita dah masuk fasa Malaysia Baru ni, Menteri Pengangkutan yang sudah mengangkat sumpah semalam (21 Mei), Anthony Loke Siew Fook berkata beliau akan menghapuskan amalan lesen ‘duit kopi’ ni for good! Haa no more duit kopi gaisss. 

Anthony Loke 190518
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, Anthony sangat serius dengan tugas barunya sebagai Menteri Pengangkutan akan review semula semua undang-undang dan kes berkaitan pengangkutan, penerbangan, kereta api, maritim, pelabuhan dan logistik. Sebelum mengangkat sumpah lagi, kementerian ni dah terima macam-macam complain berkaitan pengangkutan jalan. Tudiaaa! 

“Salah satu darinya ialah Gabungan Persatuan/Institusi Memandu Malaysia yang membangkitkan isu ‘duit kopi’ (lesen memandu). Saya memandang serius akan isu ini,” kata Anthony.

Pegawai JPJ diminta elak ‘duit kopi’

Tambahnya lagi, beliau jugak akan keluarkan arahan kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk elakkan diri dari amalan ini yang merupakan satu kesalahan. Anthony pada masa yang sama mohon pelajar yang amik lesen untuk retake ujian sekali lagi kalau mereka gagal, selain daripada guna option hulur duit kopi.

Imag0018S
sumber: wob

Pelajar digagalkan sebab tak bayar duit kopi

Kenyataan Anthony telah mendapat sokongan daripada netizen yang mana merungut mereka pernah digagalkan hanya kerana tak beri duit kopi. Ish, ish, ish! 

“Beberapa tahun lalu, anak saya masuk ke dalam kereta (untuk ujian memandu) dan dia terus diberitahu yang dia gagal kerana tak bayar yuran ‘sure pass’ RM250. Ada pula di kalangan pelajar semasa memandu dah terlanggar palang ketika ujian tapi dia berjaya sebab dah bayar ‘yuran’ itu,” kata seorang netizen.

“Ramai pelajar wanita yang kena gangguan seksual. Rakan sekelas saya satu darinya. Dia dan keluarganya dah buat laporan tapi sampai sekarang tak tahu apa yang berlaku. Lebih baik tugaskan pegawai JPJ wanita kalau pelajar itu perempuan,” kata seorang lagi netizen di Facebook.

So bagi korang yang nak ambik lesen memandu tak lama lagi, take note ye! Jangan hulur-hulur duit kopi. Kalau korang digagalkan sebab tak bagi duit kopi, buat report!

Baca: Memalukan! Selebriti Taiwan Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular 

Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.