in

“No hate, no fear, muslims are welcome here” – Laungan Demo Aman Warga Melbourne Buat Umat Islam Terharu

Aussie7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, genaplah seminggu tragedi haru serangan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 orang jemaah.


Susulan dengan kesedihan dan trauma yang dialami oleh umat islam di negara itu, rakyat New Zealand turun padang untuk mengawal dan melindungi jemaah-jemaah yang mengerjakan solat Jumaat.

Lebih terharu lagi apabila rakyat-rakyat dari Melbourne, Australia melakukan satu demonstrasi aman dengan memberikan sokongan terhadap umat Islam beberapa hari lalu.

 

No hate, no fear, muslims are welcome here”

https://twitter.com/zahraa1ii/status/1107954423400009728

Rasa terharu, sebak pun ada bila melihat sokongan moral daripada warga Melbourne ini. Sebagai umat islam, sudah semestinya mereka gembira kerana tak sangka agama islam yang selama ini dianggap negatif ini rupanya masih boleh diterima oleh orang-orang yang bukan beragama islam di negara barat ini.

Perkongsian ini meraih lebih daripada 18,000 retweets sejak ia dimuat naik di Twitter pada 19 Mac lepas. Rata-rata umat islam bahkan ada yang bukan sekalipun terharu melihat orang ramai melaungkan kata-kata itu.

 

Makes me feel welcomed – Netizen

Aussie Aussie2 Aussie3

Allahuakbar admin pun tengok rasa macam nak nangis je dengar laungan semangat macam ni. 

 

Baca : 18 Imej Berhijab Warga New Zealand Yang Sejuk Mata Memandang Tanda Solidariti Insiden Christchurch

Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.