in

Nik Zawawi Nafi Hina Sahabat Nabi, Dakwa Istilah ‘Bapa Ceti’ Hanya Untuk Mudahkan Faham Sejarah

Syaz Ft 2026 05 13T103715.384

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberikan penjelasan susulan tularnya potongan video ceramah beliau yang didakwa menghina serta merendah-rendahkan wibawa para sahabat Nabi Muhammad SAW.

Menurut Nik Zawawi, kenyataan yang disampaikan dalam ceramah politik di Kuala Terengganu baru-baru ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat memahami perbezaan antara kezaliman zaman jahiliyah dan keindahan sistem Islam yang dibawa selepas itu.


Artikel berkaitan: JAIS Tahan Warga Emas 65 Tahun Selepas Disyaki Mengaku Sebagai Rasul

Artikel berkaitan: “Plz mana-mana menteri?” – Aliff Syukri Luah Diseru Netizen Untuk Jadi Ahli Politik, Ini Respon Dr. Asyraf Wajdi

@malaysiatribune

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menjelaskan dakwaan kenyataan beliau yang dikatakan menghina para sahabat Rasulullah dalam ucapannya di Terengganu. malaysiatribune#beritatularmalaysia #viralnews #beritasemasa #malaysiatribunenews #beritaviral

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Penggunaan Istilah ‘Ceti’ Sebagai Analogi

Menjelaskan mengenai penggunaan istilah ‘ceti’ yang mencetuskan kontroversi, beliau menegaskan ia hanyalah satu kaedah untuk menggambarkan situasi muamalah pada zaman tersebut.

“Apa yang saya maksudkan ialah pada zaman jahiliyah di Mekah, sesiapa sahaja yang bermuamalah dalam masyarakat ketika itu terpaksa akur dan patuh.

Ia termasuklah tokoh-tokoh seperti Abu Bakar RA dan Abdul Rahman bin Auf. Mereka hidup dalam sistem tersebut sebelum Islam datang serta sebelum Rasulullah SAW diutuskan,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa perkara tersebut bukanlah satu kesalahan para sahabat kerana pada ketika itu ajaran Islam masih belum diturunkan lagi.

Saidina Abu Bakar Sebagai ‘Model’ Perubahan

Terdahulu, siri video yang tular memaparkan dakwaan bahawa Nik Zawawi menggambarkan beberapa sahabat besar seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mencerca atau menyifatkan Saidina Abu Bakar sebagai seorang yang jahat.

“Saya hanya berkata bahawa Allah SWT menjadikan Saidina Abu Bakar sebagai model manusia yang berubah setelah menerima Islam dan tarbiah daripada Rasulullah SAW.

Daripada seorang yang hidup dalam sistem jahiliyah beliau berubah menjadi insan contoh apabila menerima didikan Islam,” jelas beliau lagi.

Maafkan Pihak Yang Menuduh

Menamatkan penjelasan tersebut, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu menegaskan tidak timbul isu beliau perlu bertaubat kerana tiada niat mencaci sahabat Nabi. Beliau turut menyeru agar semua pihak menghentikan fitnah dan kembali bersatu padu.

“Justeru, tidak timbul isu saya mencaci sahabat sehingga diminta bertaubat. Saya menyeru semua pihak agar bersatu padu dan tidak terus menimbulkan fitnah, InshaAllah, saya maafkan semua pihak yang menuduh saya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.