Kalau dah lama tak makan makanan favourite mesti rasa craving nak makan sebab tak boleh nak penuhi keinginan tu lagi-lagi waktu musim pandemik Covid-19 ni.
Seorang wanita di Wuhan membuat pesanan sebanyak 76 jenis sarapan pagi sewaktu hari pertama Wuhan isytihar bebas lockdown sekaligus ingin melepaskan keinginannya selepas menjalani perintah berkurung beberapa bulan akibat Covid-19, lapor Daily Mail.
Hal ini dapat dilihat menerusi satu video di media sosial yang memaparkan seorang penghantar makanan mengambil beberapa bungkusan makanan di restoran makanan pagi menggunakan beg sebelum dia meletakkannya di tiang kayu di bahunya.
Korang boleh tengok video tu kat sini.
Menurut sumber, penghantar makanan itu menerima sebanyak 76 pesanan makanan seawal jam 6.33 pagi daripada seorang wanita pada hari pertama Wuhan tidak lagi dikenakan perintah berkurung.
Wanita itu membuat sebanyak 76 pesanan sebagai simbolik jumlah hari kuarantin yang penduduk Wuhan perlu hadapi. Banyak sangat dia order ni!
Walau bagaimanapun, penghantar makanan itu mengambil masa satu jam untuk menyiapakan pesanan wanita itu kerana kebanyakannya restoran makanan pagi masih belum buka pada ketika itu.
Katanya, dia sudah lebih dua bulan dia tak merasa ‘Guo Zao’ dan dia berasa gembira kerana Wuhan tidak lagi dikenakan perintah berkurung.
Untuk pengetahuan korang, ‘Guo Zao’ itu ialah perkataan tempatan yang digunakan untuk menggambarkan mengenai sarapan pagi.
Wanita itu berkata selepas makanan hidangan itu hidup akan menjadi lebih baik dan kesemua makanan itu dia akan kongsi dengan keluarga dan jirannya.