in

“Ni jenis tak boleh tengok orang lebih” – Kakak Tikam Kemaluan Adik Berkali-kali Sebab Jeles Mangsa Lagi ‘Hot’

Psycho Bij

Seorang gadis Rusia berusia 22 tahun didapati bersalah membunuh adiknya yang merupakan seorang model di St Petersburg hanya kerana cemburu. Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku pada tahun 2016 di rumah teman lelaki mangsa.

Elizaveta Dubrovina dikatakan cemburu dengan kecantikan adiknya Stefania, 17, dan ketika kejadian teman lelaki mangsa, Alexey Fateev (kini berusia 44 tahun) telah keluar untuk membeli arak di kedai berdekatan.

Namun, sebaik saja pulang, Alexey terkejut apabila ternampak mayat teman wanitanya tu dalam keadaan bogel dan mengerikan. Elizaveta dikatakan mengambil kesempatan ketika Alexey keluar dan bertindak menikam kemaluan adiknya berkali-kali selain turut mengorek biji matanya.

Dalam kejadian mengerikan itu, mangsa cedera parah di beberapa bahagian lain iaitu kepala, leher, lengan, kaki dan bahagian badan selepas ditikam sebanyak 189 kali selain telinganya dipotong.

Elizaveta bagaimanapun tidak sempat melarikan diri dan sempat ditangkap sendiri oleh teman lelaki Stefania yang terus menyerahkannya kepada pihak polis. Selepas dibicarakan dia didapati bersalah dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman 13 tahun penjara namun pada tahun 2016 tertuduh telah dihantar untuk menjalani rawatan mental.

Sehinggalah baru-baru ini, dia disahkan sudah boleh menjalani hukuman penjara tersebut. Kedua-dua beradik itu dilaporkan membesar di rumah anak yatim bersama-sama.

Elizaveta rasa cemburu dengan Stefania sehingga sanggup tiru penampilan adiknya itu dengan mewarnakan rambut sama dan memakai gincu seperti Stefania.

Meskipun ada banyak gambar mesra mereka berdua bersama namun sebenarnya dia menyimpan perasaan cemburu itu sehinggalah dia bertindak membunuh mangsa.

Takutnya! Hanya sebab cemburu weh….

Baca: “Dia dah seminggu tak hubungi saya” – Lelaki Bakar Ex Sebab Cemburu Wanita Tersebut Dah Ada Pengganti

Asid2