in

“Ni bukan taman rekreasi” – BAHAYA! Pelancong Mati Tergelincir Masa Daki Bukit Tabur Dengan GF

Collage 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukit Tabur memang antara destinasi pilihan untuk orang-orang yang sukakan aktiviti luar. Juga jadi pilihan untuk remaja-remaja hang out dengan kawan-kawan bila dorang decide untuk try benda yang lebih ekstrem, walaupun dah banyak kes kemalangan yang jadi dekat sana.


Macam baru-baru ni, seorang pelancong dari Perancis menjadi mangsa terbaru Bukit Tabur bila dia mati akibat tergelincir dan jatuh pada Rabu lepas.

Menurut NST, pelancong, Martin Simon Nathan yang berusia 29 tahun ini sedang mendaki bukit tersebut pada waktu tengahari bila tragedi ini menimpa. Mereka telah mendaki selama sejam sebelum Martin tergelincir dan jatuh pada jam 2.30 petang.

Unnamed 3

Pihak polis Ampang Jaya menerima panggilan tentang kemalangan ini pada jam 4 petang dan seramai 68 ahli bomba dan penyelamat serta polis telah dihantar untuk mencari Martin.

Malangnya, apabila kumpulan ini menemui Martin pada jam 6.45 petang, dia dah pun tak sedarkan diri akibat dari kecederaan parah di kepala. Dia disahkan mati di tempat kejadian.

Tourist Tragically Slips Falls To His Death While Hiking Up Bukit Tabur With His Gf World Of Buzz 2 768X373 1

Siasatan awal juga mendapati, tak ada sebarang penglibatan unsur jenayah atas kematian pelancong ini dan mayatnya berjaya di bawa turun ke kaki bukit pada jam 10.35 malam.

Pasukan penyelamat terpaksa mencari jalan untuk ambulans kerana permukaan jalan yang berbahaya dan gelap menyukarkan mereka. Mayat Martin kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Tourist Tragically Slips Falls To His Death While Hiking Up Bukit Tabur With His Gf World Of Buzz 3 768X372 1

Kalau korang nak tahu, ini bukan kemalangan pertama atau kematian pertama di Bukit Tabur ni tau. Sebelum ini, dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang ketika mendaki di Bukit Tabur.

Pun begitu, orang ramai masih berani untuk mendaki sebab ia sangat dekat dengan pusat bandar dan memandang rendah dengan kesukaran bukit ini.

Lepas ni kalau korang nak daki mana-mana bukit tu, kalau boleh buatlah persiapan dulu, pakai pakaian yang sesuai dan pergi dengan orang yang berpengalaman.

Kemalangan memang boleh berlaku bila-bila masa, tapi better safe than sorry…

 

Baca: Fitness Coach Jelaskan Kenapa Orang Overweight Patut Elakkan Diri Daripada Hiking

Screenshot 2020 02 28 At 1.06.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.