in

“Ni baru betul budak normal, tak main phone” – Budak-budak Lagi Dah Pandai Berniaga, Jual Ikan Guppy Seekor RM2

Budak Jual Ikan Guppy Rm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi budak-budak zaman sekarang dilihat ‘melekat’ 24 jam dengan handphone bermain game atau media sosial berbanding budak-budak zaman dulu yang lebih gemar aktiviti fizikal.


Namun menerusi perkongsian TikTok pemuda bernama @harifazemi, dia telah menjumpai sekumpulan budak-budak yang dilihat sedang sibuk menangkap ikan di dalam longkang.

Bila ditanya apa yang mereka sedang lakukan, budak-budak tersebut menjawab mereka menjual ikan guppy dengan harga RM2 seekor. Amboi cekik darah! Hiks!

Ikan Guppy

 

Dapat duit terus tinggal ikan

Setelah melihat kepayahan budak tersebut menangkap ikan bersama rakan-rakan, pemuda ini akhirnya memberi mereka RM10 namun tidak membeli ikan-ikan tersebut.

Akibat terlalu gembira mendapat RM10 dari lelaki itu, mereka tanpa disedari terus meninggalkan ikan yang ingin dijual tadi dan menuju ke kedai. Tudiaa sampai lupa dah ikan…

Namun nasib baiklah mereka patah balik ambil semula ikan-ikan tu lepas pemuda tu ingatkan budak-budak tu.

@harifazemi

Budak2 ni berniaga Ikan guppy katenye… Sekor rm 2 ringgit.. Handal kau budak.#hijrahroute

♬ original sound – Harif Azemi – Harif Azemi

 

“Yess wujud lagi budak-budak tanpa gajet” 

Menjengah ke ruang komen, ramai di kalangan netizen berasa geli hati dengan keletah budak-budak tersebut yang sudah pandai berniaga walaupun di usia yang muda.

Malah ada juga yang mengatakan budak-budak di usia mereka ni memang normal terlibat dalam aktiviti sebegitu dan bukannya hanya bermain game di telefon 24 jam.

Budak 1

Happynya tengok budak-budak ni main sama-sama dengan kawan kan? Rindulah zaman childhood! 

Baca: “Geram tengok pipi dia” – [VIDEO] Comel! Budak Mintak Maksu Tahan Dagu Sebab Lenguh Tengok Kartun

Budak Comel

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.