“Semoga awak dipanjangkan umur”, antara kenyataan balas yang diberikan oleh Elyana ketika ada yang memberikan komen melampau kepadanya.
Menerusi mStar Online, difahamkan individu tersebut kurang senang melihat dirinya yang tidak lagi bertudung selepas pulih daripada penyakit kanser.
“Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
Tidak melenting, Elyana sebaliknya mendoakan agar individu tersebut sentiasa berada dibawah lindungan Tuhan dunia dan akhirat.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35 kongsikan jawapan komen itu di Instageam miliknya dan rata-rata netizen menyokongnya.
Ramai yang menyifatkan bahawa tindakan individu itu sangat keterlaluan dan melampaui batas biarpun ada yang menyebelahi individu tersebut.
Untuk rekod, Elyana pernah memaklumkan bahawa dirinya hidap kanser limforma sejak 2010 saat dirinya diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim ke 4 pada tahun 2017.
Baca : “Baik buruknya saya akan tanggung” – Elyana Enggan Ulas Isu Dah Buka Tudung