in

Netizen Terkejut Pemuda ‘Santai’ Bergambar Dengan Myvi Terbalik Lepas ‘Accident’

Santai Myvi Terbalik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, kemalangan jalanraya semakin meningkat pada kadar yang merisaukan.

Sebagai pengguna jalanraya, kita haruslah sentiasa berwaspada dan menumpukan perhatian sepenuhnya semasa memandu.


Baru-baru ini telah tular mengenai seorang pelajar dari Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang terlibat dalam sebuah kemalangan.

Whatsapp Image 2022 11 01 At 5.01.21 Pm 768X1024 1

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah selepas kemalangan itu, dia kelihatan santai serta sempat bergambar bersama kenderaannya yang dalam keadaan terbalik, lapor Kosmo.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rata-rata warganet memuji dan menyifatkan dia seolah-olah telah memenangi trofi kerana bersikap terlalu santai untuk seseorang yang baru sahaja mengalami kemalangan.

Whatsapp Image 2022 11 01 At 4.30.08 Pm 768X1322 2

“Abang, abang tengah kemalangan. Bukannya sedang meraih anugerah,” – Netizen.

Dalam pada masa yang sama, warga maya tidak melepaskan peluang untuk menjadikan kemalangan tersebut sebagai satu bahan gurauan serta memuji ketahanan kereta Myvi tersebut.

Ruangan komen dipenuhi warganet yang rata-rata terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan reaksi yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut selepas berlakunya kemalangan itu.

Screenshot 2022 11 02 154833

“Bang ni accident bang bukan menang kete” – Netizen

Screenshot 2022 11 02 154854

Myvi sentiasa selamatkan nyawa pemandu..

Screenshot 2022 11 02 154909

Bagaimanapun, kemalangan adalah perkara yang tidak sepatutnya dibuat sebagai bahan jenaka. Tapi, apa yang cuba disampaikan oleh pemuda ini adalah dia bersyukur tiada kecederaan yang serious dan kekal ceria walaupun melalui ujian hidup.

Apapun, kepada pemandu diluar sana, diminta untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu…

Baca : “Pet lover je tau”- Terus Cari & Peluk Kucing Lepas Kemalangan, Wanita Tak Kisah Keselamatan Diri

Ft Kemalangan Myvi Peluk Kucing 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.