in

Netizen Terhibur Baca Reply ‘Savage’ KKM Berkenaan Tanda-Tanda Stress

Stress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Stress atau tekanan adalah satu perkara yang tak dapat dielak oleh setiap manusia. Ada yang stress sebab kerja, ada yang stress dengan awek dan ada juga yang stress sebab jalan jem. Apa pun jenis stress yang dialami, mesti ada tanda-tanda yang boleh dinampak secara fizikal ataupun secara psikologi.

Dengan peningkatan kadar stress di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi akaun Twitter milik mereka @KKMPutrajaya, ada berkongsi tanda-tanda stress secara fizikal dan psikologi. Tapi apa yang lebih menghiburkan netizen ialah reply savage dari KKM.


Tanda-tanda stress

Screen Shot 2019 04 13 At 3.49.15 Pm

Screen Shot 2019 04 13 At 3.50.43 Pm

Kalau diikutkan tanda-tanda yang Kementerian Kesihatan bagi ni, hampir semua ada. OMG risaunya. 

‘Savage’

Sedar akan Tweet yang akan membuatkan netizen merasakan diri mereka dalam stress, admin KKM membalas tweet-tweet pertanyaan dengan gaya yang santai tapi savage. 

Screen Shot 2019 04 13 At 3.51.32 PmJantung berdebar sebab nampak crush lalu bukan punca stress kot. Tapi kalau cinta tak berbalas tu barulah stress 

Screen Shot 2019 04 13 At 3.51.50 PmAlamak kakyong, kalau macam tu ramai lah orang dekat Malaysia ni stress, sikit-sikit makan, sikit-sikit lepak restoran tu restoran ni. Tapi reply KKM ni memang style. Semua tu nafsu, nafsu!

Screen Shot 2019 04 13 At 3.52.16 PmWalaupun ada typo dalam tweet dan ditegur netizen, admin KKM masih maintain sempoi. Siap ada emoji lagi tu. Takpe kitorang ampunkan.

 

Respon yang santai macam ni lah yang netizen perlukan. Kadang-kadang tu serius okey lah. Tapi kalau sepanjang masa formal dan serius tu tak best lah. Kena longgarkan skru-skru tu juga kadang-kadang, jangan ketat sangat. Tahniah kepada admin akaun Twitter KKM yang memberikan jawapan savage dan secara tak langsung menghiburkan netizen. Pesanan untuk semua, ingat, jangan stress-stress. 

Baca: “Student meninggal sebab tak cukup tidur dan stress” – Pensyarah Bersuara Lepas Pelajar Complain Jadual Padat

Screen Shot 2019 04 13 At 4.15.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.