Baru-baru ini, ada seorang wanita yang dikenali sebagai Azira mendakwa anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona ada membuat hubungan sulit dengan suaminya sejak tahun 2014 dan salurkan wang sebanyak RM 3,000 sebulan kepadanya.
Disebabkan itu Azhar Sulaiman ada menghubungi wanita tersebut untuk buktikan jika anaknya itu ada ‘sondol’ suaminya.
Tak ambil tindakan, anggap Azira kurang bijak
Menerusi mStar Online, Azhar Sulaiman ada tampil memberikan keterangan mengenai isu ini, pelakon senior berusia 51 tahun itu menyifatkan bahawa wanita tersebut mempunyai masalah peribadi dan perlu mendapatkan bantuan. Malah Azhar juga enggan untuk mengambil sebarang tindakan kepada wanita tersebut.
“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan dalam hal ini kerana merasa kesian terhadap Nor Azira. Saya rasa dia tak cerdik sangat. Jadi tak best nak saman dan makan duit orang macam ni. Saya rasa dia perlu dapatkan bantuan.”
Sebelum ini, kes mengenai Leona jadi tular setelah dia kongsikan satu tangkap layar gambar komen yang diberikan oleh Azira dekat Instagram Azhar Sulaiman dan bercakap mengenai dirinya.
Ketika dihubungi wanita tersebut hanya memberikan alasan bahawa suaminya ada retweet ciapan Leona. Memandangkan nombor peribadi wanita tersebut telah tersebar, ramai netizen hubungi wanita tersebut.
Baca : “Dia habiskan RM3k sebulan” – Wanita Mengamuk Tuduh Leona Curang Dengan Suaminya Dari 2014