Isu Jalur Gemilang yang didakwa dipasang terbalik ini telah menjadi perbualan hangat sepanjang minggu ini. Bermula dengan kes beberapa premis dilihat memasang bendera Malaysia dalam keadaan ‘upside down’, kali ini muncul pulak isu terbaru melibatkan sekolah.
Seorang netizen bernama Farid di Twitter baru-baru ni viral selepas memuat naik gambar sebilangan bendera kecil yang dihantar supplier ke sekolah telah dipasang dalam keadaan terbalik.
“Mohon hukuman seberat mungkin kerana memperlekehkan bendera kita… bendera inilah yang menyatukan kita semua”
Rata-rata netizen yang melihat tweet ini berasa amat marah dan terkilan sekali dengan apa yang berlaku kepada bendera tersebut.
Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula semasa kita di Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan pula bakal tiba beberapa hari lagi. Haih…
“Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini” – Maszlee Malik
Setelah viral dan mendapat perhatian ramai, isu ini akhirnya sampai ke Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang berjanji akan segera menyiasat perkara berkenaan.
Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini. https://t.co/STJ1OdZWRo
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) August 21, 2019
Dalam pada itu, Farid juga menjelaskan yang para guru di sekolah berkenaan sudah pun membuat laporan polis dan kini pihak polis pun sedang membuat siasatan. Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan jadi lepas ni.
Kalau hal ini sudah sampai ke pengetahuan menteri dan polis, kita doa-doalah semoga pelakunya ditangkap segera. Menghina bendera Malaysia secara sengaja ni satu kesalahan besar tau dan kalau sabit kesalahan boleh kena hukuman penjara dan denda!
Sayangilah Malaysiaku!