in

Netizen Kecam Konsert Dangdut Diadakan Di Pekarangan Masjid Indonesia

Sing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang beragama Islam, menutup aurat dan menjaga kelakuan ketika berada di dalam dan juga di luar perkarangan masjid adalah perkara wajib. Perkara asas dalam Islam yang pasti semua orang pun tahu kan?


Namun, apa yang terjadi di Jakarta adalah sebaliknya, apabila sebuah konsert dangdut telah diadakan di perkarangan Masjid Agung Kabupaten Tasikmalaya.

Jurnalislam.com 20170820 120732 Inbox Gebu3
Sumber: the malaysian post

Menurut Harian Metro, tindakan pihak penganjur majlis itu dikecam netizen kerana dianggap seolah-olah tidak menghormati tempat ibadah orang Islam. Betul tu! Kalau nak buat konsert nasyid tak apalah juga. 

Konsert tersebut diadakan pada hari Sabtu sempena sambutan ulang tahun bandar tersebut yang ke-385 dan antara penyanyi dangdut yang dijemput ialah penyanyi dangdut Indonesia yang tidak asing lagi iaitu Mulan Jameela.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang membuat persembahan juga dikatakan mengenakan pakai menjolok mata ketika membuat persembahan. Tak rasa bersalah ke?

Dangdutan Di Halaman Masjid Agung Kab. Tasikmalaya
sumber: the malaysian post
21032479 2067865686572415 236946414001415436 N
sumber: the malaysian post

Selepas menerima banyak kritikan, Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan perkarangan masjid tersebut sebagai tapak konsert.

Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai.”

Takkanlah sebesar-besar Indonesia tu tak ada lokasi yang sesuai. Nama pun rumah Allah, jadi kita mestilah pelihara kesuciannya. Tak gitu? 

Baca: Lelaki Kaburi Mata Orang Ramai Dengan Berkopiah Namun Mencuri Wang Peti Besi Masjid

Capture 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.