in

Netizen Geram, Harga Pes Tom Yam Naik Hingga RM4 Lepas Tampal Sticker

F2 Pes Tomyam Mahal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh dengan isu telur dadar yang dijual dengan harga RM13 di mana rata-rata warganet berpendapat bahawa harga tersebut adalah tidak munasabah dengan menu telur dadar.

Pemilik restoran yang menjual telur dadar berkenaan iaitu Dania Sedek telah pun memberi penjelasan mengapa menu tersebut dijual dengan harga ‘premium’.


Namun, nampaknya isu harga makanan yang dijual oleh usahawan itu masib belum berkesudahan sebab semalam kecoh pula di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter) apabila pes tom yam segera yang dijual olehnya bakal naik harga sehingga RM4 selepas botol pes itu ditampal dengan pelekat.

Dania telah menjelaskan menerusi video TikTok mengapa pes tom yam yang dijualnya itu naik harga.

Dalam video yang berdurasi lebih dua minit itu, usahawan wanita itu menjelaskan bahawa pelekat yang ditampal pada botol  pes tom yam itu telah menyebabkan bahawa waktu bekerja stafnya semakin panjang untuk menampal sticker berkenaan pada botol secara manual.

Ini kerana pihaknya tidak boleh menggunakan mesin untuk menampal sticker tersebut kerana botol tomyam yang digunakan adalah jenis empat segi dan bukannya bulat.

Selain itu, Dania turut mengatakan kenaikan harga itu juga dilakukannya kerana turut mengambil kira kos pemasaran (marketing).

Difahamkan, kenaikan harga tersebut akan menjadikan harga sebotol pes tom yam 500g itu berharga RM27.90.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan penjelasan usahawan itu kerana ramai yang mengganggap ianya tidak munasabah.

5 1

4

3 1

Dania juga mengatakan bahawa kenaikan harga pes itu turut dilakukan kerana mengambil kira kos SST dan income tax atau cukai pendapatan.

Namun, ada netizen mengatakan cukai pendapatan bukanlah ditanggung oleh pelanggan kerana ia perlu ditanggung oleh pemilik perniagaan itu.

6

Katanya lagi, pes tersebut dibuat dengan menggunakan lebih 17 bahan.

Apa pendapat korang, korang nak beli ke pes tomyam akak ni? 

Baca: Dikecam Menu Telur Dadar ‘Premium’ RM13, Peniaga Beri Penjelasan Kenapa Jual Harga Mahal

Jual Telur Dadar Mahal Rm13

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.