in

Netizen Buat Petisyen Desak Lembaga Pengarah Prasarana Letak Jawatan Sebab LRT Tutup

Ft Pestisyen Ceo Prasarana Letak Jawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian stesen LRT di laluan Kelana Jaya semalam telah menyebabkan berlaku kekalutan kepada pengguna sehinggakan terjadinya kesesakan jalan yang luar biasa.

Disebabkan itu, pihak RapidKL telah membuat satu kenyataan rasmi bahawa terdapat 16 stesen LRT yang menggunakan laluan Kelana Jaya akan ditutup bermula dari hari ini (9 November 2022) hingga 15 November nanti.


https://www.facebook.com/myrapid/photos/a.128728910484348/5933902463300268/?type=3

Malah, dalam sidang media pagi tadi juga, Ketua Pengarah Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah juga ada menjelaskan punca penggantungan operasi tersebut dan memohon maaf atas kesulitan itu serta berunding mengenai pampasan yang diberikan.

Walaubagaimanapun, dilihat ramai rakyat Malaysia masih marah dan menggesa Lembaga Pengarah Prasarana dan pihak pengurusan untuk letak jawatan dan gantikan dengan kepimpinan baru.

Screenshot 2022 11 09 152042

Mereka laksanakan petisyen secara online dan berjaya meraih perhatian netizen. Dalam keterangan petisyen tersebut, desakan letak jawatan itu ditujukan kepada 4 individu ini :

  • Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi.
  • Mohd Azharuddin Mat Sah, Presiden & CEO
  • Dr Prodyut Dutt, COO (Strategi dan Pembangunan).
  • Amir Hamdan, CEO Rapid Rail.

Img 6361

Dalam keterangan petisyen tersebut, didakwa tiada komunikasi yang sewajarnya daripada  pasukan MyRapid serta tiada kemaskini diberikan sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan penumpang di Twitter.

“Pada 9 November 2022, jam 4 petang, tepat sebelum waktu puncak, RapidKL memutuskan untuk mencabut semua bidai di stesen LRT dan menutup perkhidmatan tanpa sebarang komunikasi dibuat sebelum ini.”

“Ini telah menyebabkan keresahan dan kesusahan yang teruk kepada beribu-ribu penumpang dari semua peringkat umur termasuk warga emas.”

“Dengan jadual yang tidak konsisten, infrastruktur yang lemah dan masa pemulihan yang tidak baik, kehidupan ribuan penumpang terjejas teruk, menyebabkan kesusahan, penderitaan, keresahan, kehilangan masa, wang terbuang dan apatah lagi tekanan mental.”

Katanya lagi, perkhidmatan e-hailing pada waktu puncak memakan kos yang begitu tinggi dan ramai orang terkandas selama berjam-jam.

Dalam pada itu, ia memberikan impak besar kepada mana-mana penumpang yang hanya bergantung kepada LRT untuk ke tempat kerja, universiti, kolej mahupun sekolah.

Selain daripada mahukan individu terbabit letak jawatan, dijelaskan bahawa petisyen ini dibuat bertujuan untuk menuntut bayaran balik RM50 di bawah program My50 kepada semua penumpang yang terjejas serta menyediakan pas percuma sebulan kepada semua rakyat Malaysia.

Sehingga kini sebanyak 3234 individu telah menandatangan petisyen tersebut.

Baca : “Tidak pernah berlaku sebelum ini” – Prasarana Masih Siasat Punca Gangguan Perkhidmatan LRT

Jkyhfgdrsfds

Sumber: ipetitions

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.