Sempena Bulan Jantung Sedunia, NESTLÉ OMEGA PLUS® Walk A Million Miles yang berlangsung selama sebulan, kembali untuk menyatukan rakyat Malaysia melangkah bersama ke arah jantung lebih sihat. NESTLÉ OMEGA PLUS® juga turut menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) serta Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi menyokong kesihatan jantung.
Acara pembuka tirai NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles (NOP WAMM) 2024 anjuran NESTLÉ OMEGA PLUS, peneraju kesihatan jantung di Malaysia, berjaya menarik seramai 2,000 peserta melangkah bersama demi kesihatan jantung. Acara tersebut dilangsungkan bersempena Bulan Jantung Sedunia pada September ini. Inisiatif tahunan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan jenama tersebut bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif.
Penyakit Jantung – Ancaman Senyap yang Berbahaya
Pencegahan awal adalah kunci utama dalam usaha memerangi penyakit jantung. Kesihatan jantung, yang sering terabai, harus menjadi keutamaan semua, tanpa mengira umur atau gaya hidup. Penyakit jantung kini kekal menjadi punca utama kematian pramatang di Malaysia. Masalah kesihatan ini kian menjejaskan golongan muda, terutamanya disebabkan tahap kesedaran yang rendah. Realiti yang amat membimbangkan ialah 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol tinggi, akan tetapi separuh daripada mereka tidak cakna status kolesterol mereka.
Kolesterol tinggi sering tidak dikesan sehingga terlambat untuk dirawat. Justeru, isu ini agak serius dan perlu ditangani serta-merta.
Malah, mereka yang kelihatan sihat turut berisiko menghidap kolesterol tinggi. Justeru, kepentingan pemeriksaan kolesterol secara berkala dan pengubahsuaian gaya hidup tidak boleh dipertikaikan lagi. NESTLÉ OMEGA PLUS® terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah proaktif dalam pengurusan tahap kolesterol, yang merupakan faktor kritikal dalam penjagaan kesihatan jantung. Perubahan ringkas kepada rutin harian seperti diet seimbang dan senaman kerap, serta pengambilan dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS® setiap hari, boleh memberi kesan positif yang ketara kepada kesihatan jantung.
NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles: Melangkah Bersama Ke Arah Malaysia yang Lebih Sihat Sejahtera
Aktiviti berjalan kaki adalah cara yang mudah serta berkesan untuk meningkatkan kesihatan jantung. Inisiatif tahunan NOP WAMM merupakan peringatan bahawa penjagaan kesihatan jantung anda sebernarnya semudah mengamalkan rutin berjalan cergas. Di samping itu, acara tersebut menekankan kepentingan bersenam dalam mencegah penyakit jantung. Selama lebih dua puluh tahun, NESTLÉ OMEGA PLUS® tidak asing dalam menyentuh kehidupan rakyat Malaysia untuk menggalakkan mereka untuk menjauhi diri daripada gaya hidup sedentari.
Tahun ini, NOP WAMM kembali ke akar umbinya dengan acara fizikal yang bermula pada 1 September bersempena Bulan Jantung Sedunia. Acara tersebut yang berlangsung di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, menyaksikan hampir 2000 perserta melangkah 3.5km mengelilingi taman itu. Mereka juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang khas untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan jantung.
“Kami perlu meningkatkan kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat, khususnya kesihatan jantung yang memberi impak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, kepada semua lapisan masyarakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols. “Matlamat kami tahun ini adalah untuk melipatgandakan usaha kami, dan menyatukan lebih ramai lagi rakyat Malaysia di seluruh negara untuk menyertai kami supaya melangkah bersama ke arah negara yang sihat jantung. Kami menggalakkan semua orang untuk mengambil langkah menjaga kesihatan jantung mereka dan mengajak rakan-rakan, keluarga, serta rakan sekerja untuk turut serta. Penyertaan yang luar biasa hari ini mencerminkan peningkatan komitmen rakyat Malaysia terhadap kesihatan jantung mereka. Di samping mengalakkan aktiviti berjalan kaki, NOP WAMM juga berfungsi untuk memupuk perubahan gaya hidup yang berkekalan, selangkah demi selangkah.”
Seperti tahun-tahun sebelumnya, NESTLÉ OMEGA PLUS® akan terus menyokong dan membantu kesihatan jantung melalui Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) dengan menyumbangkan RM100,000 kepada dua yayasan tersebut.
NESTLÉ OMEGA PLUS®: Langkah Mudah untuk Meningkatkan Kesihatan Jantung
NESTLÉ OMEGA PLUS® bukan sekadar satu produk susu; ia adalah pelengkap yang proaktif dalam penjagaan kesihatan jantung. Ia adalah satu-satunya produk susu di Malaysia yang mengandungi sterol tumbuhan ActiCol®, yang terbukti membantu merendahkan kolestrol dengan menghalang penyerapannya ke dalam aliran darah. Dengan mengambil hanya dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS® setiap hari setiap hari dan digandingkan dengan pemakanan sihat & seimbang dan gaya hidup sihat, anda dapat mengurangkan tahap kolesterol bagi meningkatkan kesihatan jantung pada keseluruhannya.
Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nutrisi, Nestlé (Malaysia) Berhad, Yeoh She Shiang, menegaskan: “Perubahan kecil dan konsisten dalam rutin harian kita boleh membawa perubahan yang ketara dalam kesihatan jantung. Dengan hanya berjalan cergas selama 20 minit, lima kali seminggu, digandingkan dengan diet seimbang dan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS® setiap hari, memberi kesan positif kepada tahap kolesterol dan kesejahteraan keseluruhan kita. Kami teruja menyaksikan rakyat Malaysia mengambil langkah untuk meningkatkan kesihatan jantung dengan menyertai NOP WAMM, sekali gus membuktikan setiap langkah kecil adalah penting untuk membawa perubahan yang bermakna.”
Daftar untuk NOP WAMM Hari Ini dan Langkah ke Arah Jantung Lebih Sihat
NOP WAMM akan berlangsung sepanjang September ini. Daftar melalui aplikasi BookDoc untuk merekodkan jarak anda dan menangi hadiah menarik! Sertai secara percuma dan anda layak menerima “e-entitlements” iaitu e-badge, e cert dan e-medal. Untuk penyertaan berbayar RM30, anda boleh mendapat jersi edisi terhad NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Mile 2024, apabila mencapai 150,000 langkah, dan juga berpeluang memenangi hadiah menarik selepas melepasi 300,000 langkah atau mencapai jumlah langkah mingguan yang tertinggi.
Langkah transformatif anda ke arah jantung lebih sihat bermula dengan NESTLÉ OMEGA PLUS®. Jom sama-sama melangkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan bebas risiko kolesterol! Ia semudah mengambil dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS sehari untuk mengawal kolesterol.
Untuk maklumat lanjut tentang NOP WAMM 2024 dan NESTLÉ OMEGA PLUS®, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia