in

“Nenek dari neraka” – Tak Tahan Dengar Cucu Demam Asyik Nangis, Nenek ‘Buang’ Cucu Dari Tingkat 6 Sebelum Sambung Tidur

Collage 5

Sekarang ni memang susah nak percaya dengan pengasuh lagi-lagi lepas banyak sangat kes pengasuh dera dan abaikan anak lately. So, kalau mak sendiri duduk dekat atau sanggup nak jaga anak kita, memang kita bersyukurkah. Lagipun, mak kita memang dah berpengalaman jaga budak-budak ni.

Tapi bagi keluarga ni lain pula jadinya. Menurut The Indian Express, seorang nenek melakukan perkara yang tak terjangkau bila dia membuang cucunya yang berusia dua tahun dari tingkap apartment tingkat 6 sekaligus menyebabkan kematian budak ini.

Insiden ini berlaku di Timur Malad, salah satu daerah di Mumbai, India. Pada hari Sabtu lalu, lebih kurang pukul 5.30 pagi, seorang budak perempuan berusia dua tahun, Jiya Ansari ditemui terbaring berlumuran darah di atas tanah luar rumah keluarga ini.

Ak 450 1511344398
Gambar hiasan

Keluarga Jiya yang dikejutkan oleh jiran-jiran mereka telah kejarkan anaknya ke hospital, malangnya bila mereka sampai di hospital, Jiya dah pun disahkan meninggal dunia.

Pihak polis yang menyiasat kes ini perasan yang pintu dan tingkap dapur tempat Jiya terjatuh tertutup rapat, ini membuktikan yang orang luar tak terlibat dengan kematian budak malang ini.

Cara mayat Jiya dijumpai menunjukkan yang budak ini dibuang ke luar.”

Bila pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih mendalam, mereka mendapati yang nenek Jiya memang tak pernah suka cucunya ini sejak dia dilahirkan.

Girl
Sumber: the indian express

Bukan tu je, nenek ni juga sering mengeluh kerana cucunya perlu tinggal bersamanya dan sering bergaduh dengan ibu bapa Jiya tentang perkara ini.

Kebencian terhadap cucunya ini makin menjadi-jadi bila Jiya jatuh sakit pada Jumaat malam dan tak henti-henti menangis sampai keluarga ni tak boleh tidur hingga jam 3 pagi.

Bengang dan meluat dengan tangisan cucunya, nenek kejam ini mengangkat cucunya yang berusia 2 tahun dari katilnya dan buang Jiya dari tingkap tingkat 6 rumahnya sebelum tutup semula tingkap dan sambung tidur. Apa salah cucu kau tu?!

Setakat ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan tentang kematian Jiya jadi belum ada berita yang jelas tentang tindakan apa yang bakal diambil ke atas nenek tersebut.

Apa-apa pun, admin harap pihak berkuasa dapat bagi hukuman yang setimpal pada nenek ni. Sukahati je nak bunuh orang sebab tak suka.

 

Baca: Nannie Doss: Nenek Kesayangan Yang Selalu Ceria & Suka Gelak Rupa-rupanya Bunuh Ahli Keluarga Satu Per Satu

Screenshot 2019 10 02 At 2.21.50 Pm