in

“Nasib tutup reply, kalau tak…” – Influencer Israel Tanya ‘Mana Malaysia’ Lepas Mereka Capai Tangga Ke-36 Dalam Olimpik

Israel Ejek Malaysia Di Tangga 70 Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun hanya mendapat satu pingat gangsa setakat ini dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, semangat kesukanan di kalangan atlet Malaysia amatlah membanggakan.


Rata-rata rakyat Malaysia pun tidaklah kecewa malah tak sabar menantikan atlet kita bersaing dalam acara-acara sukan lain yang akan diadakan tidak lama lagi.

Aaronmedals 1627740879

Walau bagaimanapun, nampaknya pungutan pingat negara kita telah menjadi topik ‘ejekan’ bagi satu influencer di Israel apabila dia bertanyakan di mana agaknya Malaysia berada dalam tangga carta pingat Sukan Olimpik.

Menerusi perkongsian Emily Schrader di Twitter, dia telah memuat naik satu video Tiktok memberitahu bahawa negaranya kini berada di tangga 36 manakala Malaysia pula di tangga 70. Jauh ketinggalan di belakang mereka.

 

“Perangai kebudak-budakan betul” 

Meskipun Emily menutup bahagian komen kerana tidak mahu postingnya dibanjiri komen dari rakyat Malaysia, rata-rata dari netizen telah quote tweet tersebut dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan TikTok itu.

Menurut netizen, tindakan Emily sangatlah kebudak-budakan dan hanya mempamerkan sikapnya yang sangat obses dengan Malaysia.

Israel Koyak

Mari kita semua doakan semoga atlet negara kita beroleh kejayaan dan mendapat pingat buat negara. Kata-kata yang tak penting tu kita abaikan je. 

Baca: “Boleh kami dapat 2 pingat emas” – Atlet Lompat Tinggi Cipta Sejarah, Kongsi Pingat Emas Olimpik Lepas Seri

Atlet Mahu Kongsi Pingat Emas

Sumber: NST
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.