in

“Nasib baik tak shuffle” – [VIDEO] Aksi ‘Pocong’ Melompat Bantu Promote Ubat Tradisional, Undang Tawa Netizen

Fi Jual Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sesiapa yang selalu pergi ke pasar pagi sebelum wabak Covid-19 melanda dunia dulu, mesti ramai perasan akan ada seakan persembahan kecil dilakukan peniaga untuk melariskan barangan mereka dan paling selalu dilihat adalah ubatan tradisional.


Walaupun kadang-kadang apa yang ditunjukkan itu seakan tidak masuk akal, namun ia nyata membuatkan para pengunjung ketika itu menjadi terhibur.

 

Pocong buat demo

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video menunjukkan suasa di sebuah pasar menjadi viral apabila aksi seorang ‘pocong’ ini menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian oleh @Ahmad, menunjukkan seorang peniaga lelaki menjual ubatan tradisional di sebuah pasar pagi di sekitar negeri Perak.

Jual Barang 1

Dalam video tersebut, dia mula membaca-baca pada guni yang terdapat pembantunya di dalam dan kalau sekali pandang ia kelihatan seakan seperti sosok pocong.

Sebagai langkah untuk melariskan produknya itu, dia turut membaca beberapa potongan ayat Al-Quran kepada ‘pocong’ berkenaan.

Selepas beberapa ketika, ‘pocong’ berkenaan dilihat mula melompat-lompat seiring dengan ayat yang disebut oleh lelaki berkenaan. Lalu, sosok tersebut mula terjatuh dan terus ditahan oleh seorang lagi pembantu yang menunggu di tepi.

Bukan tu saja, dia siap meminta pada pengungjung yang lain untuk datang tengok lebih dekat sebagai bukti apa dilakukannya itu tak berbahaya.

Posting berkenaan telah mendapat perhatian ramai, sehingga kini ia telah meraih lebih dari 649k views di TikTok.

@azra311

Pocong melompat kome????. #memorylane #ipohperak #ipohmali

♬ original sound – Ahmad – Ahmad

 

“Bende mcm ni buat aku lupa nak beli ape”

Di ruangan komen, aksi ‘pocong’ berkenaan nyata membuatkan rata-rata netizen terhibur. Ada yang menyifatkan bahawa persembahan tersebut mengingatkan kembali kepada nostalgia datang ke pasar pagi sebelum ini.

Selain itu juga, ada yang bergurau bahawa persembahan-persembahan sebegini akan buatkan mereka selalu terlupa untuk barangan yang sepatutnya ketika itu.

Reak Jual Barang 4 Edit Reak Jual Barang 2 Edit Reak Jual Barang 3 Edit Reak Jual Barang 1 Edit

Rindu pula nak tengok petunjukan macam ni dekat pasar pagi. 

 

Baca : “Berani sungguh!” – Selain Aina Abdul, Persembahan AJL Drama Band Kena Buang Dari Youtube

Foot Jual Barang

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.