in

“Berani sungguh!” – Selain Aina Abdul, Persembahan AJL Drama Band Kena Buang Dari Youtube

Ajl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke 34 nampaknya memberikan kesan kepada penonton di luar sana, umumnya ramai dah sedia maklum Naim Daniel, dinobatkan sebagai juara malam tadi menerusi lagunya Sumpah.


Jadi, sekarang ini AJL 34 sekarang menjadi bahan bualan dan kritikan netizen dekat media sosial.

 

Berani sungguh

Di media sosial sekarang, topik yang menjadi tumpuan netizen adalah spoil yang berlaku semasa Tok Ti membuat kejutan tiba-tiba muncul di akhir persembahan lagu Anta Permana yang dinyanyikan semula oleh Bob Yusof, berlakunya masalah teknikal pada moment yang berharga itu.

Malah, Aina Abdul juga turut terpalit dengan kontroversi persembahan lagu Sumpah yang dikaitkan pasal bunuh diri. Namun begitu, netizen juga memberi tumpuan kepada persembahan daripada Drama Band yang berjudul Drama itu.

Dalam persembahan tersebut, vokalis Aepul memakai kostum ala anime, Death Note, kesemua individu di atas pentas yang terlibat dengan pesembahan tersebut membuat solekan ala The Joker. Kemudian muncul pula seorang wanita buat catwalk memakai selimpang ‘Dewi Drama’.

Umumnya korang tahu kes kontroversi pasal muzik video ini kan?.

Dramaband2

Kemudian, muncul pula lelaki yang meniru gaya artis lelaki memakai cermin mata gelap bulat sebelum munculnya seorang lelaki berpewatakan ustaz bersama 2 orang wanita, seorang mengandung dan seorang lagi tidak.

Dramaband3

Dramaband4

Tiba-tiba muncul seorang lagi watak ustaz yang melakukan parody cara individu sebenar ambil gambar sebelum munculnya pasangan suami isteri diiringi dengan voice note.

Dai Farhan Image From Ios

Penonton yang menyaksikannya di Axiata Arena Bukit Jalil semalam memberi sorakan terhadap persembahan itu. Namun di alam maya, ramai yang memberikan pendapat mereka.

Ada yang mengecam ada yang menyokong, malah ada juga yang speechless apabila persembahan berani mati itu menyindir bukan calang-calang orang. Tak perlu nak mention siapa sebab obvious sangat kan? Sampaikan Adibah Noor yang turut menyumbang lagu masa pembukaan pun terkedu.

 

Artis legend hanya guna bakat dan suara – Netizen

Dramaband9 Dramaband5 Dramaband6 Dramaband7 Dramaband8

Video itu telah di padamkan daripada siaran Youtube rasmi TV3, namun persembahan daripada artis lain masih ada. Malah, persembahan Aina Abdul juga turut dipadamkan.

 

Baca : “Yang ni kau kata melampau, yang MUHAMMAD SAJJAD tu? – Netizen Menyampah Ada pihak ‘Sound’ Persembahan Aina Abdul Masa AJL34

Aina

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.