Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung anak-anak sebab mereka tu kan anugerah tuhan. Namun, lain pula kisahnya kali ini di Amerika Syarikat.
Seorang ibu sanggup mencampak anak lelakinya yang berusia 11 tahun dari tingkat empat rumahnya, lapor Metro UK.
Kejadian yang berlaku di St Paul, Minnesota itu telah menyebabkan kanak-kanak itu cedera parah di kepala dan kedua-dua kakinya patah.
Itayvia Lloyd yang berusia 33 tahun dikatakan melakukan perkara tersebut kerana mahu anaknya yang autisme itu masuk syurga. Eh, boleh pulak macam tu.
Wanita itu juga dilaporkan berbuat demikian setelah bertengkar dengan pasangannya.
Yang paling menyedihkan, anaknya yang juga tidak boleh bercakap itu ditemui dalam keadaan darah yang mengalir dari mulutnya oleh pihak polis. Mangsa dilaporkan perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya.
Selain itu, Itayvia juga mengakui bahawa dia menghadapi kesukaran untuk membesarkan anaknya yang istimewa itu seorang diri. Mungkin dia tertekan kot.
Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun atas cubaan untuk membunuh.
Admin doakan semoga kanak-kanak ni cepat sembuh.
Baca: “Sebab berhutang” – Isteri Tergamak Bayar 4 Pembunuh Upahan, Habiskan Nyawa Suami & Anak Tiri