in

5 Undang-Undang Malaysia Yang Pelik Korang Tak Tahu Pun Wujud. No 4 Korang Mesti Pernah Buat!

Feat 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara logiknya, korang mesti tahu beberapa benda yang salah di sisi undang-undang kan? Macam mencuri, membunuh atau mengedar dadah. Tapi, korang tahu tak dekat Malaysia pun ada undang-undang pelik yang korang tak tahu pun wujud dalam sistem perundangan kita. Haa, jom baca!


7 Undang-Undang Malaysia Yang Pelik & Unik

1. Tunggang gajah atau haiwan lain tengah jalan

Gajah

Kalau tetiba satu hari tu korang rasa dah malas nak naik kereta atau motor dan nak tukar angin cuba nak tunggang gajah atau kuda, korang kena fikir masak-masak dulu.

Sebab, mengikut Seksyen 11(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, sekiranya haiwan yang korang tunggang seperti gajah, kuda, kambing atau khinzir tu telah mengganggu perjalanan trafik atau orang lain korang boleh kena denda RM50. Banyak tak? Haha

2. Menamakan anak sempena buah-buahan

Fruits

Korang ada berangan nak namakan anak macam selebriti-selebriti Hollywood? Kalau ya, make sure nama yang korang nak bagi dekat anak tu bukan nama buah, sayur, warna, serangga, haiwan, hantu, nombor ataupun jenama kenderaan.

Banyak lagi nama lain yang korang boleh cari dari nak namakan anak korang Pontianak ke Langsuir sebab Jabatan Pendaftaran Negara melarang korang guna apa-apa nama dari kategori yang disebutkan di atas. Tapi baru-baru ni kecoh ada orang namakan anak dia durian dengan rambutan tu takpe pulak?

3. Main dram waktu malam di tempat awam

Night Drums 1

Ha, kalau ikut Seksyen 13(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, korang dilarang memukul dram atau tom-tom atau tiup hon atau trumpet dekat tempat awam dari pukul 12 tengah malam sampai 6 pagi di kawasan awam.

Kalau korang degil, dan bunyi alatan muzik korang tu mengganggu penduduk lain, korang boleh kena denda maksimum RM100. Patutlah banyak event habis pukul 12.

4. Mencarut atau menghina seseorang

Road Rage Main

Korang mesti pernah buat punya benda ni, lagi-lagi dekat member korang. Lepas ni kalau korang rasa nak maki orang atau mengamuk tak tentu pasal, fikirlah dulu ya?

Sebab kalau korang menghina, provok atau mencarut dengan niat nak mengganggu ketenteraman awam dan ada orang buat aduan, korang boleh didenda RM100 tau!

5. Mabuk di tempat awam

20 Of The Funniest Photos Of Drunk People 1

Kalau korang nak tahu, dekat Malaysia ni salah di sisi undang-undang kalau korang mabuk sampai tak boleh nak control diri sendiri di tempat awam.

Kalau korang ditangkap mabuk di tepi jalan, korang boleh kena penjara atau denda tau. Tapi, malam minggu ramai je orang terhuyung-hayang dekat tengah bandar tu.

Antara semua ni, yang mana korang rasa paling pelik?

 

Baca: 5 Tempat Paling Berhantu Di Bangkok Dengan Sejarah Tersendiri Yang Boleh Buat Korang Tak Tidur Malam

Screenshot 2019 03 25 At 5.54.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.