in

“Nampak bundle”- Lelaki Tayang Outfit Yang Padat Dengan Aksesori Mewah Dikritik Netizen

Ft Lelaki Tayang Outfit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Duit tidak boleh membeli kelas”, demikian anggapan ramai netizen setelah melihat satu video daripada seorang pemuda ini.

Videonya tular di Twitter apabila individu ini menunjukkan koleksi pakaian mewah yang dipakai bersama aksesori. Menurut lelaki tersebut, kesemua pakaian yang ada di badannya itu berharga ribuan ringgt dari hujung rambut ke hujung kaki.


 

Total lebih daripada RM 60,000

Antara barang yang ditunjuk adalah, topi berjenama Balenciaga berharga RM 2,000, baju jenis sweatshirt jenama Armani Exchange berharga RM 2,000, Tote bag jenama Gucci berharga RM 10,000,kasut jenama Balmain RM 7,000, beg sandang jenama Gucci bernilai RM 5,000, jam pintar berharga RM 2,000 dan aksesori daripada Habib seperti cincin dan gelang yang harga keseluruhannya bernilai RM 50,000.

Screenshot 2023 07 03 124527

Boleh tengok video penuh disini

Dalam tempoh 16 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 3,700 jumlah retweets, rata-rata netizen mengkritik individu tersebut kerana tidak mempunyai selera fesyen yang tinggi biarpun mempunyai wang yang banyak.

Screenshot 2023 07 03 122711 Screenshot 2023 07 03 122740 Screenshot 2023 07 03 122801 Screenshot 2023 07 03 122848 Screenshot 2023 07 03 122914 Screenshot 2023 07 03 123009 Screenshot 2023 07 03 123031

Walaubagaimanapun, ada netizen yang beranggapan bahawa ia mungkin hanyalah sekadar strategi pemasaran kerana mereka dakwa mungkin pemuda ini hanyalah sekadar seorang personal shopper.

Bagaimanapun, identiti lelaki ini masih belum dikenal pasti, apapun kita tunggulah respon daripada tuan empunya badan sendiri.

Baca : Model Lelaki Tayang Kehidupan Mewah Kantoi Melaram Barangan Kepunyaan Kawan

Feature Thai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.