in

“Nampak berduyun-duyun orang bagi sumbangan” – KA Catat Rekod Dapat Lebih 100 Juta ‘Likes’ Ketika Live

Khairul aming dapat lebih 100 juta likes bantuan banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming antara nama yang menyalurkan bantuan buat rakyat di negeri yang terkesan dengan bencana banjir tahun ini.

Sepanjang misi bantuan yang dijalankan, Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA sentiasa mengadakan siaran langsung di laman TikTok berkongsi suasana bersama pasukan sukarelawan dan sumbangan-sumbangan yang dihulurkan orang ramai.


Malam tadi, sesi live yang diadakan Khairul Aming menyaksikan catatan rekod baharu apabila siarang langsung itu menerima lebih 100 juta tanda suka dan lebih 50 ribu penonton di TikTok.

Artikel berkaitan: “Lepas banjir bayarlah” – Netizen Puji Sikap Khairul Aming & Bos Mydin, Bergabung Bantu Mangsa Banjir

Artikel berkaitan: “Betapa baiknya orang kita” – Khairul Aming Dedah Sisi Positif Rakyat Malaysia, Ramai Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir

@mr.wallaa

Detik Detik Live @Khairulaming dapat 100Juta Like..Terpaling Padu?? #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #banjirkelantan #banjir2024 #misibantuanbanjir #teamBOB

♬ original sound – Mr Walla – Mr Walla

Dalam siaran langsung itu, Khairul Aming mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sumbangan bantuan banjir daripada seluruh Malaysia termasuklah luar negara.

“Terima kasih kepada yang bagi sumbangan. Ada yang daripada Kelantan, daripada seluruh Malaysia dan luar negara seperti Singapura, Australia, Brunei dan KA tahu serata dunia hantar sumbangan,” katanya dalam nada sebak.

@butterrrrflys

#khairulaming #teambob

♬ bunyi asal – ?????? – ??????

“Terima kasih KA & team”

Meninjau ke ruangan komen video yang dirakamkan oleh penonton siaran langsung usahawan kelahiran Kelantan itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada usahawan itu serta pasukan sukarelawan yang tidak lelah memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Menurut netizen yang menonton siaran langsung tersebut, pelbagai bangsa telah memberi sumbangan barangan kepada pasukan Khairul Aming.

Screenshot 2024 12 05 151152

Difahamkan, Khairul Aming terpaksa menamatkan misi bantuan banjir semalam (4 Disember 2024) di Kelantan atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.