in

Nama Atlet Muda Olahraga Didakwa Digugurkan Dari Pasukan Sukan SEA Untuk Beri Ruang Pada Atlet Senior?

syaz ft 2025 12 10T103020.307

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi melanda dunia olahraga negara apabila pelari pecut remaja, Danish Irfan, 18, mendakwa dirinya dipaksa oleh jurulatih untuk membuat alasan palsu kononnya mengalami kecederaan belakang bagi menarik diri daripada pasukan 4×100 meter Sukan SEA 2025.

Danish sebelum ini merekodkan catatan terbaik musim 10.61 saat, beliau mendakwa jurulatihnya mengarahkannya menerusi WhatsApp untuk berpura-pura cedera bagi memberi laluan kepada seorang atlet senior.


Artikel berkaitan: Suspek Serang Wartawan Sukan Ditahan, Isu Peribadi Dipercayai Punca Serangan

Artikel berkaitan: “Ini bukan cara kita layan atlet” – Hannah Yeoh Pertahan Cheah Liek Hou

clipboard0 horz

Apa yang lebih mengecewakan, nama Danish digugurkan daripada senarai pasukan, sebaliknya tempatnya diisi oleh pelari senior Khairul Hafiz Jantan, yang merekodkan 10.78s di Kejohanan Innotex dan 11.22s ketika Terbuka Malaysia catatan yang lebih perlahan berbanding Danish.

Ironinya, Khairul Hafiz kemudian turut menarik diri selepas mengalami kecederaan sebenar.

Menurut keluarga Danish, Institut Sukan Negara (ISN) telah mengesahkan bahawa remaja itu berada dalam keadaan cergas dan layak bertanding. Namun, rayuan keluarga untuk mengekalkan namanya dalam kuartet ditolak kerana dihantar “terlalu lewat”.

Ibunya turut mendakwa Danish telah diarahkan untuk berpura-pura sakit ketika pemeriksaan kecergasan, selain diugut bahawa dia boleh “disenaraihitamkan” jika enggan menurut arahan pihak tertentu dalam pengurusan olahraga.

Insiden ini kembali mencetuskan persoalan mengenai integriti dan ketelusan proses pemilihan atlet negara. Ia turut mengingatkan peminat sukan terhadap kontroversi melibatkan jaguh baling cakera, Irfan Shamsuddin, yang pada awal 2025 mendakwa dirinya berdepan tekanan dan intimidasi daripada individu dalam pengurusan.

Sumber: BFM, Harian Metro

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.