in

“Nak tipu pun beragaklah” – Lelaki Tipu Mahkamah Suruh Kawan Lukis Bentuk Anu Cacat Nak Lepas Tuduhan Rogol Anak

Collage 18

Seorang lelaki yang berasal dari Singapura telah didapati bersalah kerana melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya.

Namun menurut Stomp, disebabkan lelaki ni nak hukumannya diringankan, dia cuba untuk meyakinkan mahkamah yang dia tak rogol anaknya kerana waktu dia dituduh itu bentuk kemaluannya cacat.

Lelaki berusia 45 tahun ini merupakan pembantu gerai makan dan dia telah memulakan hukumannya selepas mahkamah menolak permintaan lelaki ini untuk melambatkan hukuman bagi menyambut Hari Raya Haji Isnin lalu.

Dia didapati bersalah dan dihukum pada 2017 kerana melakukan penderaan seksual terhadap anaknya di rumah pada tahun 2011 hingga 2014 ketika anaknya berusia 11 dan 13 tahun.

Lelaki yang tak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anaknya ini telah merayu kepada mahkamah untuk meringankan hukuman dia dengan mengatakan yang dia tak boleh memasukkan kemaluannya ke dalam anaknya kerana bentuk kemaluannya yang cacat disebabkan prosedur membesarkan zakar.

68424029 2390210487735419 7625383927724638208 N
Gambar hiasan

Gambar zakar lelaki yang diambil sebulan sebelum perbicaraan dimulakan pada tahun 2016 ini telah menunjukkan bentuknya yang cacat.

Pun begitu, lelaki ini cuba membuktikan yang zakarnya memang bentuk seperti itu semasa waktu dia dituduh merogol anaknya.

Anak dan isteri lelaki ini telah melukis bentuk zakar lelaki tersebut semasa perbicaraan dan kedua-dua lukisan ini berbeza dengan gambar yang lelaki ini sertakan.

April lalu, lelaki ini mengatakan yang dia tahu dua kawannya boleh mengesahkan keadaan zakarnya ketika itu. Namun, pada saat terakhir, salah seorang kawannya tarik diri dari memberikan keterangan.

1 Child Abuse
Gambar hiasan

Seorang lagi kawannya, Muhammad Ridzwan Idris memberikan keterangan di mahkamah mengatakan yang dia pernah melihat kemaluan tertuduh semasa mereka kerja bersama di gerai Singaporean Expo. Dia kemudiannya melukis bentuk zakar yang sama dengan gambar diberikan tertuduh.

Bagaimana pun, pada Januari lalu, bukti baru tersebut telah dibuang oleh hakim dengan mengatakan bukti tersebut pelik kerana tertuduh boleh jumpa dengan dua saksi berlainan yang mengatakan mereka tengok kemaluan lelaki ini pada waktu dia melakukan jenayah terhadap anaknya.

Lebih pelik lagi bila lelaki ini berjumpa dengan saksi ini beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan dan saksi-saksinya ini boleh ingat hari mereka tengok zakar tertuduh walaupun kejadian tersebut dah berlaku beberapa tahun lalu tanpa penjelasan bagaimana mereka boleh ingat dengan tepat.

Tambah lagi, mahkamah mengatakan yang ianya mustahil untuk Ridzwan melukis bentuk zakar tertuduh dari pelbagai angle dan keputusannya sama dengan gambar yang diberi.

Asalnya, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun 6 bulan dan 24 sebatan, tapi sebab dia menipu mahkamah, hukumannya telah ditambah lagi 4 tahun 6 bulan.

Agak-agaklah nak menipu pun…

 

Baca: “Dia rogol & pukul saya bertahun-tahun” – Bapa Rogol Anak Empat Kali Sehari Dari Umur 6 Tahun Hingga 13 Tahun

Screenshot 2019 08 14 At 12.48.37 Pm