in

“Nak selamatkan nyawa masyarakat” – Bapa Tekad Jadi Sukarelawan Vaksinasi Lepas Anak Jadi Korban Covid-19

Ft Tekad Jadi Sukarelawan Vaksin Lepas Anak Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemandu van yang kesedihan selepas kehilangan anak kesayangan akibat Covid-19 tekad untuk menjadi sukarelawan Program Pemberian Vaksin. Menurut Berita Harian, Abdul Aziz Rashid, 68, berniat untuk menabur bakti bagi membantu menyelamatkan nyawa anggota masyarakat.



Abdul Aziz kehilangan anak keduanya, Neti Anita berusia 43 tahun disebabkan virus bahaya ini pada 23 Julai lalu selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Melaka.

Arwah memang menghidap penyakit jantung dan apabila diserang COVID-19, arwah tidak mampu bertahan lama. Dia meninggal dunia tempoh tiga hari selepas diserang virus itu.”

Anak saya ditidurkan pada 22 Julai dan pada jam 4.15 pagi keesokannya, saya menerima panggilan daripada doktor memaklumkan berita sedih itu.”

Kebumi Covid

Neti meninggalkannya dan isteri kedua, Rohayati Mohd Jan, 56 tahun tanpa sebarang pesan dan menjadikan kehilangan ketiga buat Aziz selepas isteri pertamanya dan anak sulung sebelum ini.

Isteri pertama saya, Allahyarhamah Tawiyah Jantan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1999, diikuti anak sulung kami, Allahyarhamah Nor Aziah akibat barah rahim pada 2017.”

Sekarang saya tiada zuriat kerana perkahwinan dengan Rohayati tidak dikurniakan anak. Bagi mengubati duka lara di sanubari, saya gagahkan diri membantu orang lain menerima vaksin.”

Kehilangan Neti Anita seakan-akan mimpi kerana arwah pergi buat selama-lamanya terlalu cepat. Saya tidak sangka tindakan arwah memohon maaf atas segala kesilapannya pada masa lalu semasa panggilan video dengan bantuan doktor sebelum ditidurkan, adalah yang terakhir.”

Vaksin1

Menyertai program itu sebagai sukarelawan baginya dapat mengubati kesedihan dan dalam masa yang sama dia juga akui berasa puas  kerana mendapat peluang membantu orang lain.

Katanya lagi, meskipun letih melakukan kerja hakiki sebagai pemandu van namun ia tidak menghalangnya untuk menjadi sukarelawan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, Lubok Cina.

Baca: “Lihat wajah jenazah melalui video call” – Anak Dapat Tahu Ibu & Bapa Meninggal Hari Yang Sama, Hanya Selang 29 Minit

Ft Ibu Ayah Meninggal Covid Selang 29 Minit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.