in

Nak Raya Tapi PKP?! 5 Idea Untuk Korang Jadikan Raya Tetap Meriah Walaupun Dengan Patuhi SOP

Ft Ideapkp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sayu~ hati ini makin sayu. Rindu~ terkenangkan desa permai. Wajah ayah bonda bermain di mata, mengajakku pulang ke desa di hari bahagia, Hari Raya~~



Anthony Anderson Reaction Gif

Untuk pertama kalinya dalam hidup admin, lagu ni betul-betul menusuk kalbu dan buat menangis, meratap, meraung. Tahun ni, kita semua tak dapat balik Raya lepas tu kena PKP pulak tu kan?

Sedih memang sedih, tapi tak bermakna kita harus berduka pada Aidilfitri tahun ni. Hari Raya sepatutnya adalah hari untuk kita raikan lepas sebulan berpuasa. Walaupun tak dapat sambut Raya dengan keluarga di kampung, kita kena buat sesuatu untuk jadikan sambutan tu tetap meriah dan bermakna.

Ini 5 idea untuk korang jadikan sambutan Hari Raya tahun ini tetap meriah walaupun tak dapat balik kampung dan kena patuhi SOP dari kerajaan.

 

1. Solat Raya

Apalah erti raya tanpa menunaikan solat Raya kan? Alhamdulillah, kerajaan benarkan solat Raya pada tahun ini dan sekurang-kurangnya ada sedikit kelegaan dalam hati umat Islam yang jauh dari keluarga.

Solat1

Tapi, make sure lepas solat tu korang terus balik rumah tau. Jangan melepak atau berkumpul makan-makan ke apa! Kang tak pasal-pasal kena kompaun.

 

2. Masak juadah raya, sedekah dekat jiran

Masak1

Admin rasa ni idea yang bagus juga tau. Dapat eratkan hubungan dengan jiran tetangga, pahala pun dapat! Masak apa-apa makanan favorite korang ke, resipi mak korang ke, tak kisahlah janji juadah raya.

Mungkin dengan korang punya kind gesture tu, jiran pun akan buat benda yang sama so secara tak langsung kita menggalakkan amalan yang baik. Tak gitu?

Juadah1

 

3. Surprise parents yang jauh di kampung

Tak dapat balik tu bukan disengajakan sebab itulah kita boleh cuba sesuatu untuk tetap menggembirakan mereka. Salah satu cara, korang boleh cari servis kejutan dekat kawasan berdekatan ibu bapa dan surprise mereka tak kiralah dengan kek ke, bunga ke, duit ke atau belikan hadiah.

Kejutan1

Kalau tak ada orang buat servis kejutan dekat dengan tempat tinggal parents korang, mungkin boleh cuba cara lain contohnya minta tolong jiran mereka ke. Tapi jangan lupa bayar juga upah servis dorang tu.

 

4. ‘Berkelah’ dengan jiran-jiran

Mungkin tahun ni boleh cipta rekod dan buat something rare kan? Kalau korang tinggal di kawasan perumahan, mungkin boleh cadangkan dekat jiran tetangga untuk ‘berkelah’ depan rumah sambil makan juadah raya.

Masing-masing bentang tikar atau kain depan rumah dan bersila sambil makan lauk pauk raya. Boleh juga saling bertukar juadah dan sembang dari tikar ke tikar. Macam satu video admin tengok dekat TikTok ni, mungkin boleh buat Raya tahun ni!

@mohdhanzallah

Hari Raya PKP #hariraya #rayapkp2021 #balikkampung #rentasnegeri #rentasdaerah #fyp #fypシ

♬ Senandung Hari Raya Untukmu – Dayangku Intan

Tapi apa-apapun pastikan korang, keluarga dan jiran semua ikut SOP, jaga penjarakan fizikal dan jangan berkumpul di satu tempat beramai-ramai. Masing-masing boleh lepak je dekat tikar korang, sembang sambil duduk bersila tu. Haha!

 

5. Video call dengan family dan main game

Biasalah, kita mesti ada video call parents dan ahli keluarga kan? So apa kata Raya tahun ni kita buat benda yang sama tapi dengan kelainan sikit.

Untuk melupakan kesedihan yang terbuku di dada tu, bolehlah cipta game atau kuiz. Seronok tau sebab nanti mesti masing-masing kecoh dan akan riuh suasana Raya korang walaupun berjauhan.

Video1

Kalau rasa cadangan admin ni okay, bolehlah buat mana yang korang prefer. Apa-apapun ingat, polis akan buat rondaan nanti. Jadi patuhi SOP, penjarakan fizikal dan apa yang sepatutnya.

Minta jauhlah kena kompuan beribu-ribu tu kan.

Baca: “Sampai ke sudah taktau siapa rakam dorang langgar kambing” – Jom Netflix & Chill, 6 Filem Melayu Legend Zaman Childhood

Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.