in

“Nak putih macam mana lagi setan?” – Instafemes Kena Kecam Sebab Sibuk Nak Putihkan Muka

Page Instafemes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak kulit putih dan flawless dah jadi trend pulak zaman sekarang ni. Mungkin terlampau terikut dengan orang-orang Korea yang memang dilahirkan putih melepak.



Baru-baru ni, seorang instafemes Malaysia telah post gambar di instastory yang kemudiannya dikongsi pula oleh seorang individu di Twitter. Instastory berkenaan menunjukkan yang instafemes tu nak challenge diri untuk menjadi satu kali ganda lebih putih dari sekarang sebelum raya nanti. So, katanya dia akan minum air kosong 3 liter sehari dan makan supplement untuk dapatkan kulit lebih putih.

Post ni terus mendapat perhatian sebab gadis tu rupa-rupanya memang dah pun putih melepak and orang ramai mula kecam gadis tu sebab tak paham dengan kehendak dia nak jadi lebih putih.

Jj Horz
sumber: twitter
C1 1
sumber: twitter

 

Orang ramai tak faham instafemes ni nak putih macam mana lagi

Ada yang annoyed sebab gadis ni dah sah-sah putih dan tak dapat nak bayangkan putih macam mana lagi yang dikejarkan. Tak kurang jugak yang mengatakan kulit gadis ini putih sehingga kelihatan pucat macam mayat.

C5
sumber: twitter
C2
sumber: twitter

 

Instafemes tu mungkin juga guna Camera360 nak nampak putih

Bukan tu je, ada juga yang kata kulit muka instafemes tersebut fake dan kemungkinan menggunakan app Camera360 untuk kelihatan putih sampai macam tu sekali. Lagi-lagi gadis tesebut mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai ramai followers di Instagram.

C3 2
sumber: twitter
C4
sumber: twitter

Kenapalah semua obses sangat nak jadi putih? Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab sebenarnya tak kisah pun warna kulit apa yang kita ada sebab yang penting ialah hati kita.

Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Baca: “Senang je main-mainkan solat” – Ramai Berang Instafemes Persenda Agama di Ice Rink

Yellow 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.