in

“Macam-macam hal” – Pertimbang Potong Elaun Perjalanan Jika WFH, Bos MEF Dikecam Hebat

Mef Dikecam Kurangkan Gaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) semalam menerusi Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan telah dikatakan mengeluarkan satu kenyataan yang mengundang kemarahan dan kecaman netizen.


Difahamkan, MEF melihat ada kewajaran bagi majikan-majikan untuk mengurangkan gaji pekerja atau memotong elaun perjalanan sekiranya pekerja memilih untuk work from home (WFH).

Menurut laporan, pengarah eksekutif tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit semasa ditemubual oleh pihak Astro Awani.

Bh020516Hs061.Jpg.transformed

Tambahnya lagi, elaun perjalanan tidak harus diteruskan sekiranya pekerja memilih untuk bekerja dari rumah kerana ia juga secara tak langsung mengurangkan kos ulang-alik ke tempat kerja oleh pekerja sudah berkurang.

Namun begitu, tinjauan MEF juga mendapati ada sesetengah pihak ternyata kurang bersetuju kerana pekerja yang bekerja dari rumah masih menjalankan pekerjaan sama seperti mereka yang bekerja di pejabat.

Dalam masa yang sama, hari ini menyaksikan ‘bos’ kepada MEF itu turut mendapat kritikan ahli parlimen serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Nasional Berhad (PNB) berhubung cadangan untuk mengurangkan gaji pekerja terbabit.

Sebagai respons, bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pekerja yang bekerja dari rumah masih perlu mengeluarkan wang sendiri untuk digunakan untuk ‘hal pejabat’ seperti elektrik, wifi dan sebagainya.

“Bil elektrik, wifi bayar sendiri. Selalunya memang kena kerja sampai malam juga”

Selain Syed Saddiq, cadangan Shamsuddin tersebut turut dilabel ‘cetek’ oleh bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran yang mengatakan bahawa dunia pekerjaan sekarang sudah banyak berubah dengan adanya bantuan teknologi.

Sementara itu, kenyataan ketua eksekutif MEF tersebut turut ‘mengundang’ bekas Ketua Pegawai Eksekutif PNB Abdul Jalil Abdul Rasheed untuk meninggalkan komen sepatah yang cukup menyatakan kekecewaanya dengan ‘jalan’ yang dipilih oleh MEF.

“Memalukan”

Problem Mef

Dalam masa yang sama, tinjauan di laman sosial mendapati ramai ‘bersetuju’ sekiranya penolakan dibuat dengan adanya penambahan elaun seperti elaun internet, elaun bil elektrik, dan lain-lain lagi.

Selain itu, ramai juga menyatakan perasaan tidak berpuas hati kepada ‘bos-bos’ mereka ataupun pengurusan tertinggi syarikat masing-masing dengan mendakwa mereka ini semestinya akan bersetuju kerana tidak melibatkan elaun mereka.

Baca : Dipecat Lepas Buat Aduan Majikan Tipu Soal Gaji, Netizen Respect Gadis Dapat Pampasan Lumayan!

Page Fatin

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.