Bulan Ramadan ini, sebagai umat Islam kita perlu beribadah sehabis baik bagi mendapatkan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Pun begitu, ada satu tangkap layar video tular di media sosial yang memaparkan seorang individu bertindak membuat live ketika solat tarawih secara berjemaah serta memberikan respon ketika orang yang menonton memberikan gifts.
Artikel berkaitan: “Awalnya” – Umat Islam Di Yogyakarta Sudah Mula Solat Tarawih, Puasa Sejak Semalam
Artikel berkaitan: “Sakit jatuh macam tu” – Netizen Kesian Pakcik Jatuh Terduduk Lepas Budak Main Tarik Kerusi Masa Solat
Selain itu, ramai juga yang hairan mengapa solat itu dilakukan dengan sangat pantas sehingga tiada tamakninah atau berhenti seketika selepas satu rukun dalam solat.
Tidak cukup dengan itu, dapat dilihat pemakaian individu yang membuat live itu sedikit pelik dengan baju ala-ala blouse wanita serta kopiah yang sangat tinggi.
“Apa dibaca laju macam ni?”
Perkara itu membuatkan ramai netizen mempersoalkan tindakan individu tersebut dan sudah pastinya ia menimbulkan pelbagai bentuk kecaman.
Difahamkan, individu tersebut merupakan salah seorang TikToker dari Indonesia yang mempunyai lebih 4 juta pengikut, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kenyataan daripada TikToker tersebut.
Kenapa eh tergamak buat live masa solat?
Sumber: X