in

“Nak masak hebat macam Gordon Ramsay tapi…” – 5 Bahan Boleh Jadi Pengganti Alkohol Dalam Masakan!

Untitled Design 2022 04 21T155539.391

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam era teknologi dan serba moden ini, banyak perkara yang kita pelajari hanya daripada menonton video di internet atau media sosial.



Antara content yang diminati ramai adalah tutorial masakan. Bila sudah ada akses yang mudah, kita mesti tidak terlepas daripada menonton content dari luar negara dan barangan yang mereka gunakan biasanya tidak halal atau tidak boleh didapati di Malaysia.

Negara barat khususnya, banyak menggunakan bahan berasaskan alkohol dalam masakan mereka dan sebagai umat Islam ia sama sekali dilarang.

Jadi, apakah ramuan yang boleh menggantikan ramuan berasaskan alkohol ini? Mari kami kongsikan!

Bir

051143070 01 How To Cook With Beer Main

Banyak masakan barat yang menggunakan beer dalam masakan, terutamanya jika makanan itu perlukan batter, seperti fish and chips atau chicken tenders.

Bagi resepi yang memerlukan bir ringan (light beer), stok ayam, ginger ale atau jus anggur putih boleh digunakan.

Sup atau stok daging lembu, ayam atau cendawan yang lebih kuat dan mempunyai rasa yang lebih berempah boleh digunakan sebagai pengganti yang baik untuk bir yang lebih berat (heavy beers).

Champagne 

Untitled Design 2022 04 21T154556.671

Champagne adalah sebuah minuman beralkohol yang mempunyai rasa sedikit manis dan biasanya digunakan untuk memasak makanan yang berkuah atau mempunyai ramuan yang masam seperti tomato dan strawberi.

Untuk menggantikan penggunaan champagne, anda boleh gunakan jus anggur putih sparkling, jus epal sparkling, air soda atau ginger ale.

Rum

Untitled Design 2022 04 21T154725.710

Antara bahan beralkohol yang sering digunakan dalam masakan adalah rum, ia merupakan minuman keras yang diperbuat daripada penapaian gula dan biasanya digunakan dalam pembuatan manisan.

Rum boleh digantikan dengan jus nanas yang dicampurkan dengan ekstrak badam tanpa alkohol atau molas blackstrap dinipiskan dengan jus nanas.

Red Wine & White Wine

Red Wine Is Poured From A Bottle Into A Pot 1250953778

Wine merupakan minuman beralkohol yang paling selalu digunakan dalam masakan kerana ia mempunyai rasa manis buah dan ia sedikit pekat. Malah, wine juga biasa digunakan untuk marinade protein seperti ayam dan daging.

Untuk red wine, stok daging lembu atau ayam, jus anggur merah berkualiti tinggi atau jus tomato boleh digunakan sebagai pengganti yang baik untuk red wine.

White wine pula boleh digantikan dengan air rebusan atau stok ayam, cuka sider cair, jus anggur putih dan ginger ale boleh digunakan.

Vodka

Img 4974

Vodka pula ialah minuman keras yang diperbuat daripada gandum dan biasanya digunakan dalam masakan seperti pasta dan sos pencicah (dips).

Oleh kerana rasanya agak asidik, jika anda ingin rasa yang hampir sama dengan vodka anda boleh gunakan jus anggur putih dengan perahan lemon segar sebagai pengganti. Barulah jadi pasta ala Gigi Hadid!

Jom level up kan skill masakan korang!

Baca: “Apa motif asingkan telur kuning, putih tu?” – Ramai Geram Tengok Video Resepi Telur Dadar Ini

Untitled Design 2022 04 21T154243.478

Sumber: Fine Cooking
Sumber: Insider
Sumber: HuffPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.