in

“Nak lepas rindu” – Pendakwah Selebriti Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM35 Ribu

Dai5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat diperkatakan mengenai kes dakwaan terhadap pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Da’i Syed atas tuduhan merogol, seks luar tabii dan mencabul.


Hari demi hari ada saja laporan polis dibuat mendakwa mereka telah menjadi mangsa kepada Syed Iqmal.

Jumaat lalu Syed Iqmal telah ditahan reman pihak berkuasa setelah dia gagal untuk membayar ikat jamin, katanya dia terlepas had waktu yang ditetapkan untuk membayar menyebabkan dia terpaksa menginap di Pusat Tahanan Reman Sementara di Beranang.

Bagaimanapun, hari ini dia telah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM35,000 yang selesai dibayar oleh dua orang penjamin.

Dai7

 

 

Nak lepas rindu – Syed Iqmal

5 hari berjauhan dengan keluarga, semestinya mana-mana anak pun akan merindui rumah.

Saya nak makan dulu dengan mak dan ahli keluarga, nak duduk rehat dulu, bertenang, lepaskan rindu dengan keluarga dahulu.

Saya hanya berdoa semoga dipermudahkan urusan, sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf manakala yang terbaik pula yang memaafkan. Saya memaafkan mereka mengutuk, Saya reda dengan ketentuan ujian, inilah penutupan tahun 2020.”

Katanya sepanjang dia berada dalam tahanan, dia sering termenung mengenang dugaan namun redha dengan takdir yang telah ditetapkan Allah untuknya.

Lapor Kosmo, apabila ditanya mengenai gelaran Da’i yang dimenangi menerusi satu program realiti televisyen swasta, Syed Shah Iqmal berkata, ia adalah sekadar gelaran sahaja dan tidak menjadi masalah sekiranya gelaran itu dilucutkan.

 

Baca : Mengaku Tak Bersalah, Dai Syed Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Tapi Dengan Syarat

Dai6 1

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.