in

“Nak kerja sana please”- Boss Kacak Beri Pekerja Gaji 17k Sebulan, Unlimited Cuti Rehat & Cuti Sakit Berbayar!

Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perkara paling penting bila kita bekerja di sesebuah syarikat? Sudah tentu gaji dan benefit-benefit yang ditawarkan syarikat tersebut kan?


Macam mana kalau syarikat tawarkan korang gaji lebih RM17,000 sebulan, dengan cuti rehat yang unlimited dan cuti sakit berbayar?

Gempak kan? Inilah yang dilakukan seorang Founder merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rocketwerks, Dean Hall iaitu syarikat yang membangunkan permainan video yang bertempat di New Zealand.

0 Thp Chp 281119Slug 12689Jpg
Sumber: instagram
0 Thp Chp 281119Slug 12690Jpg
Sumber: instagram

Syarikat yang ditubuhkan pada 2015 itu tampil dengan idea ‘gila’CEOnya apabila menawarkan kepada kakitangannya cuti rehat tanpa had, cuti sakit berbayar dan paling best ialah gaji tahunan purata kira-kira 40,000 pound sterling atau bersamaan RM215,468″

Malah kakitangan Rocketwerks juga diberi kepercayaan untuk uruskan kerja masing-masing selain mereka turut boleh adjust waktu mereka masuk office, asalkan pekerja maklumkan kepada pasukan masing-masing, lapor Mirror.

 

 

Dean Hall berkata, dia turut menggalakkan pekerjanya untuk ambil cuti empat minggu setahun, supaya stamina mereka berada di tahap terbaik.

**Malah kalau nak pergi gym waktu office hours pun boleh tau

3 10
Sumber: instagram

Katanya, strategi itu secara tak langsung membantu syarikat untuk menarik ramai kakitangan berkebolehan dan berdaya saing.

“Saya meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap 30 kakitangan untuk melaksanakan projek bernilai jutaan pound”

“Kami tidak mahu pekerja bimbang mengenai cuti tahunan mereka.”

Katanya lagi, sekiranya ada pekerja yang nak lanjutkan tempoh cuti mereka, tak perlu risau just maklumkan kepada pasukan masing-masing.

 

Weh! Nasib baik penulis tak pandai bab-bab video game ni, kalau tak…

Baca : Nak beribadah tak perlu badan sado Ramai Kagum Atuk Umur 89 Tahun Masih Gagah Solat Terawih 20 Rakaat!

Atuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.