in

“Nak jaga social distance” – Ahli ‘Band’ Muzik Sekolah Di USA Ini Duduk Dalam Khemah Masa Latihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar atau tidak, sudah lebih setahun dunia dilanda wabak COVID-19. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara sudah menjadi norma baharu kehidupan seperti pemakaian face mask di tempat awam dan penjarakan sosial.


Di Amerika Syarikat, sebuah sekolah menjadi tumpuan warganet selepas beberapa keping gambar semasa latihan band muzik mereka tular di laman web Reddit.

Dikatakan berlaku di Wenatchee High School, Washington, ahli kumpulan band muzik sekolah berkenaan mengasingkan diri masing-masing dengan duduk di dalam sebuah khemah berwarna hijau.

Difahamkan, langkah ini diambil sebagai salah satu cara menjaga social distancing demi mengekang penularan wabak COVID-19.

Memetik laporan Metro UK, pandemik COVID-19 telah menyukarkan kumpulan koir dan band muzik untuk mengadakan sesi latihan secara bersemuka. Ini kerana aktiviti menyanyi dan bermain alat muzik dikatakan sebagai aktiviti risiko tinggi, terutama sekali apabila dilakukan di kawasan tertutup.

Selain itu, hanya separuh ahli band muzik terbabit dibenarkan berlatih dalam satu-satu masa. Malah, khemah yang dipakai juga harus disanitasi sendiri sebaik mungkin supaya ahli lain boleh menggunakannya.

Pun begitu, gambar-gambar yang tular itu telah menerima beberapa komen negatif dan salah satunya daripada seorang ahli kongres.

Menurut ahli kongres wanita yang juga penyokong bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, beliau menyifatkan situasi terbabit sebagai penderaan kanak-kanak.

Ada juga warganet lain yang bersetuju dengan kata-kata ahli politik terbabit dan mengatakan situasi berkenaan tidak normal.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah sudah mengeluarkan kenyataan bahawa inisiatif itu disambut baik oleh para pelajar dan guru-guru, lapor Daily Mail.

Untuk info, sekolah di daerah Washington dibenarkan untuk dibuka pada awal tahun ini sekiranya purata kes jangkitan COVID-19 di kawasan itu adalah kurang daripada 50 kes baharu setiap 100,000 penduduk.

Apa komen korang tentang isu ini?

Sumber: Metro UK, Daily Mail

Baca: Penduduk Yang Ingkar Social Distancing Di Indonesia Dihukum Kebumikan Mayat Covid-19!

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.