in

“Nak guna pun seriau” – Bukan Alat Tulis Biasa, Ada Parasit Hidup Dalam Pen Dari Jepun Ini

Feature 3 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Matcha green tea, mug dan keychain merupakan antara cenderahati yang sering dibeli oleh pelancong Malaysia yang ke Jepun sebagai kenang-kenangan. Kalau nak hadiah sentimental, ada juga yang suka hantar poskad ke Malaysia dari Jepun.

Namun, kalau korang nak souvenir Jepun yang unik dan sukar untuk didapati di tempat lain, kami nak kongsikan dengan anda tentang pen dari negara matahari terbit ini sebab alat tulis ni ada parasit hidup!


Pen 1

Menurut Oddity Central, pen ini mempunyai parasit jenis nematodes yang diletakkan di bahagian atas pen. Cacing anisakis berasal daripada genus parasit nematodes yang boleh menjangkiti pelbagai spesies ikan dan akan menyebabkan anisakiasis iaitu sejenis jangkitan parasit di saluran gastrousus.

Jangkitan tersebut juga boleh berlaku dalam badan manusia yang makan makanan laut secara separa masak atau mentah.

Pen 2

Jadi, yang peliknya, kenapa ada orang nak letak parasit yang berbahaya tadi sebagai hiasan pada pen?

Namun, menurut informasi daripada netizen, pen ini direka oleh usahawan di wilayah Kochi, Jepun yang terkenal dengan tradisi perikanan. Walaupun kelihatan pelik, ianya dikatakan ada juga mereka yang telah membeli pen ini.

Difahamkan, pen ini berharga 950 yen (kira-kira RM36.17) namun parasit ini hanya mampu hidup dalam masa empat atau lima hari sahaja.

Sebelum ini, video parasit yang bergerak-gerak pada pen terbabit telah tular di Twitter pada awal April.

Korang rasa berbaloi ke kalau beli pen ni sebagai souvenir dari Jepun? 

Sumber: Oddity Central, Twitter 

Baca: Akibat Makan Makanan Mentah! Doktor Jumpa Cacing 3cm Dalam Tekak Wanita Lepas Makan Sashimi

Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.