in

“Nak DG jadi kartun baru korang faham?” – [Video] KKM Hasilkan Animasi Dr. Hisham Bersama Boboiboy Untuk Kempen Cegah Covid-19

B6 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai inisiatif yang diambil oleh pihak kerjaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Terbaru, satu video animasi gandingan mantap antara Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bersama Boboiboy untuk kempen perangi Covid-19 telah dihasilkan. Wah menariknya!


B7

 

 

Kempen tersebut merupakan usaha sama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penerbit animasi Boboiboy iaitu Monsta Studio.

Video yang bertajuk “Tan Sri Dr. Noor Hisham | CAPP : Kuasa Untuk Lawan Covid-19” yang berdurasi 1 minit 5 saat itu telah pun dikongsikan di Twitter KKM dan YouTube Monsta Studio.

Dalam video tersebut, pada awalnya Boboiboy bersama Gopal, Yaya, Ying dan Fang sedaya upaya melawan dan membunuh virus dengan kuasa masing-masing namun gagal dan mengatakan mereka sudah hilang kuasa.

B1 15

 

Kemudian, muncul watak animasi Dr. Hisham yang kacak dan mengatakan untuk melawan Covid-19, mereka tidak perlukan kuasa. Malah, mereka hanya perlu amalkan CAPP;

C : Cegah Dari Awal

A : Amalkan Norma Baharu

P : Patuhi SOP

P : Pantau Kesihatan Diri

B3 9 B6 1

 

Semestinya video kempen yang menggandingkan dua figura terkenal ini mendapat perhatian netizen. Sejak dikeluarkan semalam, ia telah mendapat tontonan lebih 150 ribu di Youtube dan Twitter. Yelah siapa tak suka Boboiboy dan DG Hisham kan? 

Tidak ketinggalan, netizen juga ada memberi komen positif dan menyokong usaha ini bagi menyampaikan mesej peringatan kepada masyarakat.

B 2

 

Haa DG Hisham sampai kena jadi kartun laa nak bagi korang nasihat. Apa-apa pun amalkan CAPP dan terus berjaga-jaga. Ingat kita masih belum menang #KitaJagaKita.

Baca: “Kesian dato, betul-betul penat tu” – Netizen Kesian Tengok Riak Keletihan Dr Noor Hisham Dalam Sidang Media Semalam

B8

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.