Berikutan wabak Covid-19, dapat dilihat bahawa ramai juga rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi dalam mereka bentuk dan membina teknologi untuk membantu frontliners Coronavirus. Memang bangga habis lah jadi anak Malaysia kan.
Namun, inovasi terowong sanitasi ‘VirusBuster Nanospray’ yang dibina anak tempatan rupanya tidak begitu digalakkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara sebabnya ialah keberkesanan teknologi itu belum lagi dapat dibuktikan, lapor Berita Harian.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihak mereka harus melihat jenis bahan kimia yang digunakan kerana sebelum ini, pereka terowong itu mengatakan teknologi yang terbabit dapat menyahkuman sehingga 99.9 peratus. Kalah pencuci Dettol kalau macam ni.
Selain itu, Doktor Rafidah juga mengatakan lebih baik jika masyarakat basuh tangan dan amalkan penjarakan sosial buat masa sekarang.
Nyahkuman 99.9%? Kuman apa?
Mungkin maksudnya nyah duit anda; bukan kuman.Baru saja Datuk Dr Noor Hisham Ketua Pengarah kami katakan tadi ini semua perlu fakta, data dan perbincangan dengan KKM.
Please.
Teruskan basuh tangan dan jarak sosial. https://t.co/luTAqEyz35— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 5, 2020
Namun, Dr Noor Hisham tidak menidakkan bahawa terowong ini merupakan satu inovasi yang baik untuk negara ini.
Di Indonesia pula, penggunaan teknologi ini juga ditarik semula kerana ia telah menyebabkan iritasi pada kulit, lapor TirtoID.
Cuma, admin rasa untuk sementara waktu ni, kita basuh tangan je dulu untuk elak Covid-19 selagi tiada bukti saintifik yang kukuh tentang keberkesanan terowong sanitasi ini.