Usahawan Datuk Seri Vida (DSV) kongsi pengalaman perit yang dia pernah lalui iaitu menjalani proses pembekuan telur, baginya ia begitu memenatkan, malah menyakitkan secara fizikal dan emosi.
Jelas Vida, ramai yang melihat proses itu sebagai satu perkara yang mudah, tetapi perlu disiplin yang tinggi dan pengorbanan besar.
Artikel berkaitan: “Maaf salah silap sepanjang kenal” – Sedih Diabai Sampai 2 Tahun, Iqbal Zulkefli Akhirnya Terpaksa ‘Block’ DSV
Artikel berkaitan: “Hati-hati memetik ayat Quran, jangan main hentam” – DSV Ditegur Amin Idris, Kongsi Petikan Surah Al-Fiil Tapi Salah Maksud
“Orang nampak ‘freeze’ itu senang, tapi di sebaliknya banyak kerja kena buat. Kena makan macam-macam ubat, ikut nasihat doktor, setiap minggu kena buat pemeriksaan.”

Jelasnya lagi, proses itu juga melibatkan kesakitan fizikal yang susah untuk digambarkan di mana harus ambil darah, ambil ubat dan ia satu proses yang agak sukar memandangkan umurnya yang semakin lanjut.
“Kena cucuk darah, ambil ubat… sebab umur kita bukan muda lagi. Jadi proses itu memang sakit. Orang nampak mudah, tapi nak hadap semua itu dan kemudian hadapi kekecewaan, bukan semua orang mampu.”
Dalam pada itu, DSV mengatakan yang dia mahu meneruskan kehidupan dan terus mara ke hadapan.

“Mestilah saya dah ‘move on’, sudah lama. Tapi untuk kemaafan… setakat ini memang belum ada.”
Sebelum ini, DSV ada kongsikan luahannya yang dirinya telah melakukan proses pembekuan telur sebagai langkah persediaan sebelum berkahwin dengan bekas kekasih, Iqbal Zulkefli.
Proses itu dirancang semasa mereka berhubungan baik dan ia merupakan satu langkah untuk membina keluarga sendiri.
Untuk rekod, hubungan DSV dan Iqbal menjadi perhatian ramai selepas mereka rancang untuk berkahwin tetapi hasratnya untuk berumah tangga semula tidak kesampaian.
Sumber: Gempak
