in

Nak Bunuh Satu Keluarga, Tak Larat Tanggung Hutang Ahlong

Racc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang isteri berputus asa hingga berniat ingin membunuh dirinya dan keluarga kerana dorang dibelenggu hutang along yang mencecah RM500,000. M Santhi, 50 berkata,


“Jika tidak dapat bayar hutang itu, malam nanti saya masak, kita sekeluarga makan sama-sama dan esok pagi kita semua sudah tiada (meninggal). Tidak perlu fikir pasal along (ceti haram) lagi.” 

Suaminya, Mohan, 53 berkata yang dia kini dah tak ada apa-apa selain terpaksa berharap kepada gaji bulanan sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan. Bayangkan hutang yang perlu dibayar ialah pada kadar RM400 sampai RM1600 sehari! Memanglah tak mampu tampung…

Nak dijadikan cerita, Mohan mula terjebak dengan along sebab anak saudaranya ingin meminjam wang untuk memulakan perniagaan. Mangsa terus bersetuju dan menyerahkan wang simpanan sebanyak RM30,000 selain barang kemas milik isterinya yang dianggarkan lebih kurang RM40,000.

Bun 2
sumber: harian metro

Masalah timbul bila anak saudaranya gagal membayar wang yang dipinjam padahal Mohan perlu menggunakan wang tersebut untuk membuat modal pusingan kedai runcit yang dibuka pada 2013. Saudara sendiri pun tak boleh percaya sekarang ni…

“Disebabkan terdesak mahu modal pusingan, saya membuat pinjaman dengan along. Namun mereka mengenakan bunga tinggi menyebabkan saya makin tersepit dan dalam masa sama perniagaan mulai merosot,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia 4PM di sini, semalam.

Bukan setakat satu tapi Mohan telah buat pinjaman dengan beberapa along. Hingga sekarang, dia  masih belum lagi melangsaikan hutangnya yang masih berbaki RM500,000 termasuk bunga dengan 14 along berlainan. Banyaknya!

Bagi kurangkan beban, Mohan buat kerja part-time pada setiap malam sejak lapan bulan lalu dek kerana bunga dan denda yang sangat tinggi kalau tak mampu lunaskan bayaran harian. 

“Mereka juga memaki hamun saya dan mengugut mencederakan serta membunuh saya dan ahli keluarga. Dua anak saya tidak dapat meneruskan pengajian di kolej kerana saya tidak mampu bayar yuran, malah kedai runcit juga ditutup kerana sewa bulanan tertungggak.”

Kini, isterinya pula berputus asa dan mencadangkan untuk membunuh diri dan ahli keluarga yang lain dengan meletakkan racun dalam makanan supaya dorang tak dihimpit masalah lagi. Kesiannya…

Bun3
Rosland mohd arif | sumber:the rakyat post

Presiden Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd Arif berkata, pihak dorang sedia berjumpa dengan semua along berkenaan dan meminta kumpulan itu menetapkan jumlah yang perlu dilangsaikan Mohan tanpa mengenakan bunga atau denda.

“Dalam masa sama, kami mahu menubuhkan tabung membantu Mohan kerana ia membabitkan hidup mati keluarga ini. Orang ramai atau organisasi yang mahu menderma boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank Public Bank atas nama Mohan a/l Subramaniam 6-4353890-17 yang dipantau pihak kami,” katanya.

Semua bermula dengan niat baik nak membantu saudara, tapi macam ni pulak jadi kisah hidup keluarga Mohan. Kesian jugak…

Nota: Gambar bahagian kanan di atas sekadar hiasan

Baca: Nak Bunuh Diri Dengan Dua Anak?

Bun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.