Sejak kemunculan COVID-19, ramai yang buat bisnes sampingan menghasilkan cecair pembasmi kuman & topeng pelindung muka sendiri. Produk ni macam pisang goreng panas sekarang.
Permintaan tengah tinggi, jadi bolehlah raih pendapatan sampingan sedikit sebanyak sepanjang tempoh PKP ni kan?
Turut tidak ketinggalan merebut peluang tersedia untuk menjual keperluan ini adalah pengusaha kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri — yang menjual mask kalis air berharga RM25!
Dalam live video yang dikongsi menerusi laman Instagramnya, beliau dilihat cuba untuk mempromosikan produk keluarannya itu dengan melakukan demonstrasi. Ini bagi membuktikan bahawa topengnya tidak boleh ditembusi coronavirus kerana mempunyai dua lapisan.
Video tersebut, turut dikongsi seorang pengguna Facebook.
“Ini coronavirus…”
Dalam demonstrasi pertama, beliau cuba membuktikan topeng keluarannya itu tidak akan berjaya ditembusi oleh sebarang elemen bumi — misalnya angin.
“Haaa, nampak? Tak ada tembus, sebab kita pakai dua lapisan” katanya selepas meniup-niup api yang dinyalakan dengan lighter.
Okay. Netizen seterusnya mencabar beliau melakukan ujian kalis air, untuk melihat sama ada topeng itu mampu menghalang air daripada menembusinya.
Beliau menyahut cabaran tersebut. Namun, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku — apabila air yang dituang tidak semena-mena menitis ke bawah menembusi topeng ‘kalis air’ itu.
Kejadian itu membuatkan riak wajah beliau berubah serta-merta. Dek malu kerana kantoi overclaimed produk, topeng itu diletakkan ke tepi dan beliau meneruskan live videonya dengan aksi memotong buah mangga.
Tidak lama kemudian pada minit ke 2:00, mungkin kerana panas hati dengan cercaan netizen — beliau cuba untuk melakukan ujian kalis air pada topeng muka jenis surgical pula.
Dan berlakulah satu lagi aksi yang amat memalukan.
Hmm, korang tengok sini je lah.
“Lain kali cuba try test dulu…”
Apa pun, terlajak kantoi tak boleh nak undur. Nak damage control, mungkin boleh cetuskan kontroversi lain tapi netizen tak mudah lupa.
Video tersebut telah mendapat 677k tontonan dan 36k share. Rata-rata netizen, menasihatkan beliau agar jujur dalam berniaga dan tidak mengeluarkan sebarang dakwaan yang melampaui kualiti sebenar produk dihasilkan.