in

Nak Bercuti Ke Maldives Tapi Poket Kering? Lelaki Ni Kongsi Itinery 4H3M Ala Backpacker Yang Super Jimat!!

Feat 4 5

Maldives? Fuh! Dalam kepala ini dah terbayang betapa membirunya air laut di sana, dengan pasir yang memutih, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa memang menjadi percutian idaman especially buat pasangan yang berkahwin, apa orang kata ‘perfect place for honeymoon‘ lah.

Percutian mewah ala Neelofa

Now kita story pasal Maldives pulak. Iyelah dah lah ramai cakap Maldives ni cantik giler, lepas tu tengok pulak selebriti terkenal tanah air, Neelofa berposing dalam villa mewah bawah air, The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island yang merupakan pertama di dunia..mesti makin excited kan?

55
Sumber : instagram

11

44
Penginapan bawah air yang mencecah harga rm200,000 satu malam.

**Ha kau, terliur tengok pic lofa ni lawa sangat Maldives hoi!

Tapi plan nak ke Maldives terbantut sebab ramai kata mahal, tu belum fikir lagi bab makan, aktiviti dan paling penting penginapan. Sebab ramai cakap rakyat marhaen macam kita ini yang kerja 24 jam pun belum tentu berkemampuan nak bercuti di negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu.

Eh siapa kata tak boleh bercuti ke Maldives dengan bajet ciput?

Explore ‘syurga dunia’ Maldives dengan bajet yang kecil

Kat sini admin nak dedahkan rahsia dan tips bercuti 4 hari 3 malam di Maldives yang Super Jimat! (tak termasuk flight tiket tau, sbb part tu korg kena pandai pilihlah). Perkongsian ini diambil daripada @adlybilly dengan itinery yang lengkap termasuk penginapan, makan minum dan segala macam aktiviti.

Salam

Sharing sedikit sebanyak solo trip saya ke Maldives trip bajet untuk 4 hari 3 malam.

Maldives ni memang dah lama ada dlm bucketlist saya, tapi sebab cost ke sana mahal, terpaksalah saya postpone the trip a few years until pak Tony (airasia) offered me cheap tix price (waktu beli ni harga mmg murah giler). Beli pun last minit, lebih kurang sebulan sebelum trip ni (Final Call Sale). Saya memang jenis travel bila ada tiket murah je, selagi tak dpt murah sanggup skip dulu LOL.

Air Asia
Sumber : air asia

So ni basic Itinerary saya:

Day 1:
>KL-Male (direct flight)
>Flight sampai Male airport dlm 8.30pm.
>Tukar sikit USD to Rufiya (matawang Maldives) dekat money changer airport. Tak perlu tukar banyak sebab most transaction guna USD.
>Bermalam di airport je. Kat area luar arrival hall tu banyak je kerusi kosong utk menumpang. Airport ni sibuk 24 jam so tak perlu risau.

**Tapi sekarang tak perlu fikir nak bermalam kat airport ke ape sebab AirAsia dah tambah kekerapan penerbangan pada waktu pagi..yahooo!

Day 2:
>Bertolak ke Male island dengan public ferry (MVR10)
>Jalan kaki ke Villingili ferry terminal dlm 30-40 minit. Jalan2 santai sambil tengok kehidupan rakyat Maldives.
>Depart to Maafushi Island by public ferry (MVR50) perjalanan dalam 2 jam.
>Sampai Maafushi dan checkin Maafushi Inn for 2 nights.
>Petang dan malam lepak sekitar Maafushi.

Feri
Feri ke pulau maafushi

Day 3:
>Half day snorkeling trip (USD25), beli kat hotel belakang Kaani village. Include lunch, sandbank and chase dolphin.
>Petang jalan2 sekitar Maafushi
>Malam join Night Fishing activity (USD20), beli kat hotel belakang Kaani village jugak.

6
Sumber : instagram

7

Private Sandbank Picnic

Day 4:

Checkout awal for public ferry back to Male Island (kul 7.30am)
>Arrive Male: sightseeing & cultural tour around Male (sempat melawat Friday Mosque, Islamic centre, Republic Square, Sultan Park, President House, National Museum, artificial beach, Tsunami memorial, Male market)
>Petang tu naik public ferry (MVR10) back to Hulhule Island (pulau airport)
>Since awal lagi flight balik, decide utk ke Hulhumale Island pulak by public bus (MVR20)
>Lepak kat Hulhumale Island white beach until sunset.
>Kul 10pm flight balik to KL

President House
Mulee aage palace
Grand Friday Mosque
Grand friday mosque

So itu merupakan itinery ringkas Adly sepanjang dia bercuti di Maldives. Itu baru pergi secara solo, kalau pergi ramai-ramai lagi murah. Yang penting kena bijak plan apa nak buat, stay kat mana dan semua sekali lah sebelum kita bercuti. Jom kita tengok total perbelanjaan Adly kat Maldives.

Accomodation: RM 333 (2 nights book through Agoda)
Transportation: RM 60 (bus/ferry)
Tour/Entrance fees: RM180
Meals/shopping/etc: RM150 (buffet dinner serendah USD10 kat Maafushi)

TOTAL COST: RM723 (Ingat! ni tak termasuk ticket flight tau, kalau korang pandai boleh dapat tiket dengan harga super murah dengan AirAsia)

Terbang dengan AirAsia sebab tiket murah, direct flight lagi

Korang bayangkan, banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat kat Maldives ni, malah rata-rata aktiviti tak kena bayar pun. Bukan itu je, penginapan pun ada yang berharga serendah RM49 kalau korang pandai cari.

Lagipun tak mustahil untuk bercuti ke Maldives ni sebab AirAsia selalu buat promo seat dengan harga yang ‘Paling Murah & Berbaloi’. Bukan itu sahaja, AirAsia dah dah tambah penerbangan terus ke Maldives pada waktu pagi dengan 10 kali penerbangan setiap minggu pulak tu.

So korang tak payah susah-susah overnight kat airport, kan jimat duit hotel dah. Paling penting, sampai-sampai je korang boleh terus ambik feri ke pulau. Kalau nak tau lebih detail lagi, korang boleh tengok jadual kat bawah ni :

Jadual2
Sumber : airasia

Buat korang yang dah ada plan nak pergi Maldives tapi tercari-cari tiket flight yang super jimat, korang boleh usha kat laman web www.airasia.com sebab AirAsia dah buka tempahan penerbangan dari sekarang sehingga 24 Mac 2019. Manakala tempoh perjalanan bermula 11 Mac ini sehingga 31 Ogos 2019.

Daaaannnnn! Berita baik kepada member BIG, korang semua boleh menikmati tambang super jimat pada kadar RM289 sehala all in..wehh! murah giler kan!!

Tapi sebelum korang nak pergi bercuti ke Maldives tu, apa kata korang baca dulu fakta pasal tempat tu? Atleast sampai sana nanti, korang tak lah terpinga-pinga kan.

4 Fakta Maldives yang ramai tak tahu

Tapi sebelum korang teruskan angan-angan ke Maldives tu, kat sini admin nak share 4 fakta yang perlu korang tau sebelum bercuti di Maldives :

  1. Maldives ini negara Islam, makanan halal senang didapati disini dan paling penting makanan kat Maldives ni banyak yang murah dan sedap! Tapi kena pandai cari lah.Banyak je kedai yang menghidangkan makanan berharga antara RM19-RM35.
  2. Nak save bajet untuk penginapan? Korang boleh book dekat area Maafushi, Fulidhoo dan Male. Kat situ korang boleh dapat guesthouse serendah RM76 semalam!
  3. Kalau nak jimat transport pulak, korang better book transport hotel berbanding di airport yang boleh mencecah harga rm500-RM1000 wey!
  4. Korang kena pandai cari aktiviti yang menawarkan harga yang murah (banyak actually) contohnya : Kayak (RM40/jam), Paddleboarding (RM50/jam) malah ada aktiviti yang percuma seperti bermain di tepi pantai, melawat bangunan bersejarah di Male dan lain-lain.

Apa lagi, jom ler kita ke Maldives..Yang penting kena plan baik-baik supaya tak ter’over’ budget kat sana nanti.

Korang boleh klik sini kalau ushar tiket flight yang murah!