in

“Nak berbincang ke nak mabuk?” – 9 ‘Pakcik’ Kena Tahan Langgar PKP, Lepak Minum Arak Tapi Bagi Alasan Ada ‘Discussion’

Lepak Pkp E1618626082103

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kantoi melanggar perintah PKP dan melepak pada waktu malam bersama rakan-rakan. Itulah yang berlaku di Kampung Bombong, Tuaran malam semalam di mana sembilan lelaki ditahan polis selepas dilihat berkumpul di belakang sebuah rumah.


Menurut Harian Metro, mereka ditahan dalam Ops Pintas Khas Covid-19 selepas pihak berkuasa terlihat mereka sedang syok berkumpul sambil minum minuman keras. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Hamizi Halim berkata mereka berusia dalam lingkungan 40-an hingga 60-an dan telah ditangkap pada jam 7.10 malam.

Minum1

Pihak polis menerima aduan daripada orang awam dan terus menghantar pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Tuaran. Katanya,

“Semua suspek mengenali antara satu sama lain dan mendakwa sedang berbincang mengenai program bantuan pek makanan kepada penduduk terjejas yang dianjurkan mereka sendiri.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.”

Semua suspek ditahan selama tempoh 24 jam untuk siasatan lanjut dan bagi kesalahan mengingkari PKP, suspek disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan – Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.3) 2020.

Baca: “Report la polis” – Nurul Zahid Cabar Netizen Bila Dikecam Sebab Langgar PKP?

Vc9

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.