in

“Nak bagi semua duduk rumah!” – Pakai ‘Full Set’ Macam Pocong, Tunggu Depan Kampung Tak Bagi Penduduk Keluar/Masuk

Pocong Guard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu kampung yang terletak di Purworejo, Jawa Tengah mengambil pendekatan berbeza untuk memastikan semua penduduknya duduk di rumah pada waktu ini.


Menurut Detik, dua lelaki sanggup berpakaian seperti pocong demi untuk memastikan semua penduduk mematuhi arahan dan tidak keluar dari rumah masing-masing.

Dalam satu gambar yang viral, kedua-dua mereka dilihat sedang duduk di kawasan pintu masuk kampung untuk menakutkan orang ramai agar mereka kuarantin di rumah.

Pocong

Tiada seorang pun yang dibenarkan keluar atau masuk dari Kampung Tuk Songo yang terletak di Kelurahan Purworejo itu. Difahamkan, seluruh penduduk di kampung itu sendiri yang mengambil inisiatif untuk melakukan self-quarantine untuk mencegah penularan Covid-19 di sana.

Ini kami bersama-sama sepakat melawan Corona dengan usaha masing-masing kuarantin diri sendiri.”

Memandang serius inisiatif itu, semua jalan masuk kampung ditutup dan penduduk hanya boleh melalui satu jalan iaitu yang dijaga oleh dua ‘pocong’ tersebut.

Menurut Coconuts, ketua kampung Angko Setiyarso Widodo berkata mereka memilih pocong kerana ia mengingatkan semua dengan mati jadi siapa yang degil dan ingkar tidak mahu bekerjasama dalam usaha melawan Covid-19 itu akan jadi ‘pocong’ (mati).

Pocong itu akan dibantu penduduk yang lain untuk periksa sesiapa sahaja yang melalui pintu masuk tersebut termasuklah menyembur mereka dengan cecair pembasmi kuman.”

Pocong1

Bagaimanapun, pocong itu hanya bertugas pada waktu malam dan penduduk kampung yang lain (berpakaian seperti biasa) akan mengawal pintu masuk itu ketika siang.

Walaupun tahu tu pocong tipu, dorang tetap patuh. Baguslah kan!

Baca: “Tu bukan hantu” – Lelaki Dedah Motif Sebenar ‘Hantu Santa Claus’ Berdiri Atas Van

Combine Hantu

Sumber: Detik
Sumber: Jateng Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.