Sekarang ni, ancaman seseorang memang dah tak kira umur dan tak kira tempat. Contoh dah terang-terang ada kat depan mata kita pasal seorang cikgu kaunseling ni kena tikam dengan murid sendiri di sekolah.
Kronologi kejadian
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pada pukul 8.20 malam 17 Jun 2018, pelajar tingkatan 5 tu dah aim kat dalam bilik pembantu warden. Dia masuk ke dalam bilik tersebut untuk tunggu mangsa.
“Apabila mangsa masuk dan sedang membuka kasut, suspek bertindak menikam mangsa dan berlaku pergelutan. Mangsa ditikam beberapa kali di bahagian bahu oleh suspek sebelum melarikan diri.
“Sebilah pisau masih tertanam pada bahu mangsa sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Banting sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.”
Bayangkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah agama di Kuala Langat. Difahamkan, punca pelajar tingkatan 5 tu nak tikam cikgu dia bermotifkan dendam.
Berdendam dengan cikgu kaunseling pasal…
Menerusi laporan Sinar, Ia berikutan cikgu tu ada menetapkan peraturan yang terlalu ketat di sekolah dan asrama dan ini telah membuatkan pelajar tu stress.
“Akibat tidak berpuas hati dan rasa tertekan yang melampau, suspek telah bertindak di luar jangkaan”
Suspek kini direman lima hari sehingga Jumaat ini dan akan dirujuk di Unit Psikiatri Hospital Banting.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai sudah selesai dan kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya”
Berikutan dengan penularan isu ini di Facebook, bermacam-macam reaksi daripada netizen ada yang menyokong bahkan ramai yang mengecam tindakan murid tersebut.
Nak bagi ilmu tak sama mcm dahulu – Netizen
Bahkan ada juga netizen yang mempertikaikan cara guru itu mengendalikan tugas, ada anggap guru itu bertutur dengan cara kasar, ada juga yang tertanya-tanya apakah ‘peraturan’ yang diperketatkan itu.
Baca : Murid Nak Saman Cikgu, Guru Besar ‘Back Up’ Sanggup Palsukan Maklumat