Hubungan antara Elon Musk dan bekas isteri Johnny Depp, Amber Heard berakhir pada 2018 namun nampak seakan-akan Musk belum ‘move on’ daripada bayangan bekas kekasihnya tersebut.
Terbaru, difahamkan Musk yang membeli saham Twitter pada April lalu akan mengadakan satu sesi perjumpaan dengan staf laman sosial media itu buat pertama kalinya pada Khamis.
Menariknya, perjumpaan ini diadakan selepas Heard mendakwa dirinya ‘dibuli’ dan menerima kecaman yang teruk dari pengguna Twitter semasa kesnya bersama Johnny Depp dibicarakan.
Menyifatkan semua kecaman tersebut sebagai ‘berat sebelah’ dan tidak adil, Heard meluahkan perkara tersebut melalui satu sesi temubual selepas perbicaraan tersebut dan sepertinya tindakan terbaru Musk ini seakan-akan untuk menyebelahi Amber.
Pertemuan ini juga disahkan oleh emel yang dihantar oleh Ketua Eksekutif Twitter, Parag Agrawal kepada semua pekerja syarikat tersebut baru-baru ini selain Musk bersedia untuk menjawab sebarang persoalan yang dilontarkan padanya dalam sesi tersebut.
Menurut jurucakap Twitter, difahamkan Musk akan ‘turun’ dan menghadiri sendiri beberapa sesi mesyuarat syarikat tersebut.
Selepas diperolehi oleh Musk, ramai pekerja syarikat berkenaan khuatir dengan sikapnya yang pelik dan tak menentu tersebut bakal mengganggu kestabilan platform tersebut selain memberikan kesan dari segi perniagaan dan pendapatan mereka.
Sebagai contoh, Elon Musk memberi bayangan bahawa dia akan ‘angkat kaki’ dari syarikat berkenaan sekiranya mereka tidak dapat memberikan data berkenaan akaun spam dan fake di platform tersebut.
Dalam masa yang sama, Parag Agrawal telah menjelaskan tentang perkara tersebut menerusi satu bebenang di akaun Twitternya.
Baca : “Kerja 40 jam atau…” – Elon Musk Benarkan Staf Bekerja Dari Rumah Dengan ‘Syarat’